Kalau dapat sepinggan nasi ayam rupa begini, suka tak? Haa komen sikit🤗
Untuk edisi nasi ayam, ini resepi ke-4 saya kongsi di sini. Paling cepat dan mudah tentunya nasi ayam hainan ni. Tak sampai 20 minit je pun.
Saya ikut tips amoi cantik bagi. Ternyata betul-betul sedap. Walaupun sebelum ni saya tak suka sangat nasi ayam hainan. Haa sekarang dah selalu buat. Ramai pula minat.
Resepi Sup Ayam
*Sila ikut betul-betul untuk menghasilkan sup rasa ringan. Resepi ini dari amoi cantik.
*Panaskan beberapa ketulan lemak ayam (boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan)
*Setelah lemak cair, masukkan 2 hiris nipis halia.
*Kemudian, didihkan air.
*Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garfu.
*Masukkan juga 1 kiub Maggi perasa ayam serta garam halus secukup rasa.
*Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak.
*Yang nak buat cara kukus pun boleh ye*
Saya lebih senang buat rebus je.
2.Potong 4 ayam yang telah ditos.
Susun di atas pinggan.
loading...
Tuangkan sos atas ayam sebelum makan;
- 2 sudu kicap sotong
- 1/2 sudu kicap jalen lemak manis
- 1/2 sudu sos tiram
Kacau rata sebelum dituangkan.
*Saya tak letak minyak bijan sebab tak suka baunya. Yang suka boleh tambahkan minyak bijan ye.*
3. Resepi Nasi Ayam
*Tumiskan sedikit lagi ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega.
*Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.
*Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
*Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.
*Masak seperti biasa.
4.Resepi Sambal Cili
Bahan kisar;
*Sehiris nipis halia
*4 tangkai cili merah
*1 ulas bawang putih
Kisar dengan 1/2 sudu cuka dan sedikit air sahaja. Masukkan sedikit garam dan gula.
5.Hidangkan sambal cili dan sambal halia.
Resepi sambal halia
*Tumbuk sedikit halia. Masukkan secubit kiub Maggi.
*Panaskan seketika dengan sedikit minyak.
*Siap.
Kredit Resepi : Afy AL Habibi via Resepi IBU
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Resepi Nasi Ayam Penyet (Resepi Warisan Nusantara)
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments