Nasi ayam penyet merupakan salah satu menu yang dipinjam dari seberang. Ia telah dibawa oleh orang Indonesia ke negara kita beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana rasa yang sedap dengan mudah serta citarasa nusantara yang dikongsi bersama kita sebagai satu rumpun.

Oleh itu, juadah hidangan Indonesia juga telah menjadi kegemaran kita semua. Ianya pedas, dicampur pula dengan rasa ayam goreng yang lebih kaw disebabkan cara pembuatan yang berbeza.
Bahan – bahan bagi menyediakan nasi ayam penyet ini mudah untuk didapati. Digabungkan pula bersama dengan tempe dan ulam, ianya pasti memberikan rasa lemak daripada tempe dan disegarkan bersama ulam. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah perkongsian yang boleh anda ikuti.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Jida Jat dan mendapat banyak shares serta likes di Facebook! Jadi, jom kita tengok resepi ini!
Resepi Nasi Ayam Penyet

Imej via Facebook
Bahan – bahan:
Cabai Penyet:
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji cabai merah
- 20 biji cabai Melaka hijau
- 3 biji tomato
- Belacan sedikit
- Ikan bilis sedikit (optional)
loading...
Ayam goreng:
- 4 sudu tepung gandum
- 4 sudu tepung jagung
- Kunyit sedikit
- Rempah kari daging sedikit
- Perasa
Bahan – bahan lain:
- Tempe
Ulam:
- Salad
- Kacang Panjang
- Timun
Cara – cara memasak:
Cabai penyet:
- Gorengkan bahan – bahan di atas.
- Apabila sudah layu, toskan.
- Kemudian, kisar atau tumbukkan kesemua bahan – bahan tersebut.
- Masukkan perasa mengikut selera anda.

Imej via Facebook
Ayam goreng:
- Gaulkan ayam tadi bersama bahan – bahan tersebut dan gorengkan.
Nasi Ayam penyet:
- Hidangkan cabai penyet bersama ayam goreng yang telah ditumbuk dan nasi putih.
- Lengkapkan hidangan dengan tempe dan ulam. Siap!
Kredit : Saji.my
0 Comments