Resepi Spageti Carbonara Ayam
ARTIKAL MENARIK LAIN:Begini Cara Buat Pasta Carbonara ‘5 Bintang’ Macam Makan Di Kafe Mewah
Bahan-Bahan:
180 gm spageti | direbus
100 gm krim masakan
50 ml susu cair
10 gm bawang putih | dicincang
30 gm daging ayam | dihiris nipis
30 gm cendawan shitake | dihiris nipis
1 biji telur kuning
30 gm keju parmesan | diparut
Cara Memasak:
1. Campurkan susu bersama krim masakan dalam satu bekas. Masukkan juga kuning telur dan kacau rata.
2. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
4. Masukkan hirisan ayam bersama cendawan dan biar hingga masak.
5. Kemudian masukkan spageti yang telah direbus. Gaul hingga rata.
6. Masukkan campuran susu yang telah dimasak tadi dan kacau rata.
7. Akhir sekali, taburkan keju parmesan & hidangkan.
Kredit :resepibondaTerima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments