100 Resepi Kuih Muih Malaysia Paling Sedap & Mudah Disediakan

100 Resepi Kuih Muih Malaysia Paling Sedap & Mudah Disediakan

100 Resepi Kuih Muih Malaysia Paling Sedap & Mudah Disediakan
100 Resepi Kuih Muih Malaysia Paling Sedap & Mudah Disediakan
 





1. Kuih Abuk-Abuk Sagu


Kuih Abuk-Abuk Sagu
 

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 300 gram sagu biji
  • 1 cwn gula melaka atau gula merah
  • 1⁄2 biji kelapa parut (bahagian lembut sahaja)
  • Daun pisang (dipotong segi empat sama)
  • Garam secukup rasa
  • Lidi untuk sematan(kerat kecil)
  • 2 lembar daun pandan (untuk air kukusan)

Cara membuatnya :

  1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskannya
  2. Campurkan biji sagu dengan kelapa dan garam, gaul sehingga rata
  3. Bentukkan daun pisang seperti kon ais krim untuk dibuat kelongsong
  4. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kon hingga separuh
  5. Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah
  6. Masukkan campuran biji sagu tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
  7. Lipatkan kelonsong daun pisang dan cucuk batang lidi untuk sematan
  8. Kukus selama 30~40 minit
  9. Sedia untuk dihidangkan

Agar-agar Santan Gula Melaka
 

2. Agar-agar Santan Gula Melaka

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus agar-agar (rendam sehingga kembang)
  • 5 cwn air
  • 1 cwn gula merah
  • 1⁄2 cwn gula pasir
  • 3 cwn santan
  • 2 biji telur
  • 1 lembar daun pandan

Cara membuatnya :

  1. Masukkan agar ­agar, air dan daun pandan ke dalam periuk
  2. Masak bahan campuran tadi dengan api sederhana sehingga agar agar hancur dan mendidih
  3. Masukkan gula merah dan gula pasir, kacau rata dan biarkan mendidih
  4. Tapis bahan­ yang telah mendidih tadi ke dalam periuk lain dan biarkan ia mendidih sekali lagi
  5. Sementara itu, pukul telur dan santan sehingga sebati
  6. Masukkan adunan telur dan santan secara tapisan ke dalam adunan agar agar
  7. Kacau dan biarkan mendidih seketika
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  9. Biarkan sejukkan dan potong kecil
  10. Sedia untuk dihidangkan

3. Apam Balik

100 Resepi Kuih Muih Malaysia Paling Sedap & Mudah Disediakan

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk bahagian kulit:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1⁄2 cwn gula
  • 1⁄2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1⁄2 cwn air
  • 1⁄2 sudu teh serbuk penaik

Untuk taburan:

  • Sedikit mentega
  • 1 cwn kacang tanah (dimesin)
  • 1 tin jagung manis
  • 1⁄2 cwn coklat urai
  • 1⁄2 cwn gula pasir

Cara membuatnya :

  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan air, soda, serbuk penaik dan pewarna, kacausehingga sebati.
  3. Masukkan tepung(Seeloknya ditapis) dan kacaulagi supaya tidak berketul.
  4. Sapu mentega pada kuali leper (pan).
  5. Setelah itu, panaskan kuali dengan api kecil.
  6. Ambil satu senduk adunan tadi dan tuangkan pada kuali leper (pan) dengan rata. Biarkan separuh masak.
  7. Taburkan bahan taburan mengikut citarasa. Masak hingga kekuningan.
  8. Setelah masak, lipat dua. Dan dipotong 4/6 atau mengikut citarasa anda.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

4. Apam Gula Hangus
Apam Gula Hangus

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 1 cwn gula
  • ½ cwn air
  • ½ cwn gula
  • 3 biji telur
  • 1 cwn santan atau susu segar
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan gula hangus, tepung gandum dan soda bikarbonat (Ayak tepung dan soda terlebih dahulu).
  4. Masukkan santan atau susu segar dan kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  6. Kukus selama 10-15 minit.
  7. Biarkan sejukkan dan potong.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

5. Apam Pisang Coklat
Apam Pisang Coklat

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  •  2 cwn tepung gandum
  • 2 sdm cwn serbuk koko
  • 1 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt baking powder
  • ½ sdt garam
  • 1 cwn pisang emas lecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 ½ cwn gula perang
  • 2 biji telur (pukul)

Cara membuatnya :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam bekas (Ayak terlebih dahulu). Kacau rata
  3. Masukkan semua bahan selain daripada yang telah diayak ke dalam bekas adunan tadi,kacau hingga sebati
  4. Masukkan adunan yang telah siap di kacau ke dalam acuan kecil atau loyang.
  5. Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

6. Apam Tapai Tepung Beras

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 2 cwn tapai pulut
  • 500g tepung beras
  • 2 cwn gula
  • 4 cwn air
  • 1 bungkus garam eno
  • 1/2 sdt pewarna (jika perlu)
  • biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
  • 1 sdt garam

Cara membuatnya :

  1. Masukkan air, gula dan tapai ke dalam blender. Blend hingga hancur.
  2. Masukkan tepung beras dan biarkan sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Kemudian masukan garam eno ke dalam adunan tadi dan biarkan lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  4. Tambah pewarnamengikut citarasa masing2, kacau dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 20  minit.
  5. Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
  6. Setelah itu taburkan kelapa parut pada apam yang telah masak.
  7. Sedia untuk dihidangkan

7. Apam Seri Ayu

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur
  • 240g gula
  • 240 ml santan atau susu segar
  • 1 sdm jus pandan
  • 270gtepung gandum
  • 1 sdt ovallate
  • 1sdm tepung kanji
  • 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

  1. Telur dikisar bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum,kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
  4. Gaul rata kelapa dan garam.
  5. Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan dan tekan hingga padat.
  6. Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
  7. Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit lalu keluarkan daripada acuan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

8. Badak Berendam

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 1⁄2 bungkus tepung pulut
  • 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
  • 1⁄2 biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

  1. Kacau kelapa parut bersama gula merah dan masak sehingga menjadi inti.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Uli tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bentuk doh lembut menjadi bulat­ dan isi inti ke dalamnya.
  5. Sementara itu kacau santan bersama garam.
  6. Letakkan dohyang telah diisi inti kedalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
  7. Setelah itu kukus hingga masak.
  8. Biarkan sejuk
  9. Sedia untuk dihidangkan.

9. Bebola Ubi Keledek
Bebola Ubi Keledek

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 2 cwn ubi keledek (rebus dan lecek)
  • ½ cwn gula pasir
  • 1 biji telur
  • ½ sdt serbuk penaik
  • ½ cwn tepung gandum
  • ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

  1. Gaul rata ubi keledek bersama gula.
  2. Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk doh.
  3. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekat, tambah lagi sedikit tepung)
  4.  Bentuk doh menjadi bentuk bulat.
  5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

10. Bingka Bakar

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 cwn gula pasir
  • ½ cwn jus pandan
  • ½ cwn bijan (goreng tanpa minyak)

Cara membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan kecuali bijan dan minyak masak ke dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Sapu acuan atau loyang dengan minyak masak.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan /loyang.
  4. Masukkan acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180’C selama ½ jam.
  5. Keluarkan acuan dari ketuhar, taburkan bijan yang telah digoreng  dan sambung bakar selama 20 minit atau sehinggamasak.
  6. Biarkan sejukkan dan potong
  7. Sedia untuk dihidangkan.

 

11. Bingka Jagung

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 500 gram santan
  • 1 sudu teh garam
  • 3 biji telur
  •  200 gram tepung gandum
  • 100 gram gula
  • 50 gram marjerin
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1/2 tin jagung berkrim
  • 1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
  2. Masukkan ke periuk dan masak sebentar.
  3. Sementara itu sapu acuan atau loyang dengan marjerin.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan goreng di atasnya.
  5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° hingga masak.
  6. Sejukkan kemudian potong dan sedia untuk dihidangkan

12. Bingka Kastad

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung kastad
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan marjerin (cairkan)
  • 410 ml susu sejat
  • 4 cawan jus pandan
  • ½ sudu teh pewarna hijau
  • ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara membuatnya :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c selama 10 minit
  2. Kisar kesemua bahan kecuali bijan dan tapis.
  3. Sementara itu sapu rata acuan/loyang dengan minyak.
  4. Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180’C selama ½ jam.
  5. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan bakar lagi selama 20 minit atau  sehingga nampak masak.
  6. Sejukkan dan potong, sedia untuk dihidangkan

13. Bingka Kukus

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan air
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cawan ubi kayu parut
  • ½ biji kelapa parut
  • ½ sudu teh pewarna merah

Bahan sira:

  •  ½ cawan air
  • 1 keping gula melaka (hancurkan)
  • 1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara membuatnya :

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sapu rata minyak pada loyang.
  3. Gaul ubi kayu, air dan bahan pewarna.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  5. Kukus selama ½ jam atau hingga masak.
  6. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk bentuk yang disukai.
  7. Gaul garam bersama kelapa parut.
  8. Salut kepingan ­kepingan bingka dengan kelapa.
  9. Satukan gula melaka, air dan daun pandan dalam periuk lain kemudian masak hingga larut.
  10. Besarkan api kemudian didihkan hingga menjadi sira yang pekat.
  11. Hidang bingka bersama air sira dan sedia untuk dihidangkan

14. Bingka Tepung Beras

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 6 cawan santan
  • 1 helai daun pandan

Cara membuatnya :

  1. Kisar semua bahan kecuali daun pandan sehingga halus.
  2. Masak daun pandan sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap.
  3. Tutup api dan kacau sehingga kental.
  4. Sementara itu sapu rata loyang dengan minyak.
  5. Angkat daun pandan kemudian tuang adunan ke dalam loyang.
  6.  Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar atas bawah pada suhu 180′ C selama 1 ½jam atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dan potong.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

15. Bingka Tepung Gandum

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula

Cara membuatnya :

  1. Campur semua bahan, kisar dan tapis.
  2.  Sapu rata loyang dengan minyak.
  3. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 50 minit/masak.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

16. BINGKA UBI

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 5 cawan ubi parut
  • 6 cawan santan pekat
  • 3 biji telur ayam
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan yang telah disediakan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk.
  2. Gaul semua bahan sehingga rata.
  3. Sapu rata loyang dengan minyak masak.
  4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
  5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180’C selama 1 jam/masak.
  6. Sejukkan dan potong.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

17. Kuih Buah Bidara

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk inti :

  • ½ cawan gula merah
  • ¾ cawan gula putih
  • 2 cawan kelapa parut muda
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 helai daun pandan

Untuk kuih :

  • 1 cawan tepung gandum
  • Inti kelapa secukupnya
  • 2 cawan isi keledek (rebus dan lecek)
  • ½ biji kelapa parut (putih sahaja)

Cara membuatnya :

Untuk inti :

  1. Masukkan semua bahan untuk membuat inti ke dalam periuk kecuali kelapa.
  2. Gaul sehingga rata dan masak gula sehingga larut dan mendidih
  3. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
  4. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih :

  1. Gaul rata keledek dengan tepung membentuk doh.
  2. Gentel doh bulat­ bulat sebesar guli.
  3. Isi inti kelapa di tengah­tengah doh.
  4. Sementara itu jerang ir di dalam periuk.
  5. Rebus doh berinti sehingga ia timbul dan angkat.
  6. Setelah diangkat, gaulkan dengan kelapa parut.
  7. Sedia untuk dihidangkan

18. Kuih Buah Gomak

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk tepung kacang hijau:

  • 500 gram kacang hijau

Untuk inti:

  • 1 biji kelapa parut
  • 1 keping gula melaka(hancurkan)
  • 200 gram gula merah
  • ½ cawan air

Untuk doh:

  • 1 bungkus tepung pulut
  •  2 cawan tepung kacang hijau
  • Air secukupnya

Cara membuatnya :

Untuk tepung kacang hijau:

  1. Kacang hijau dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan.
  2. Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan.
  3. Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayak.

Untuk inti:

  1. Didihkan air, masukkan gula merah dan gula melaka. Kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.Untuk buat buah gomak:
  3. Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  4. Masak sebentar di atas api.
  5. Ambil sejemput tepung pulut tadi dan leperkan.
  6. Letakkan inti ditengah tengahnya.
  7. Tutup dan leperkan semula. Buat sehingga habis.
  8. Sementara itu panaskan air kukusan
  9. ukus adunan tadi sehingga masak.
  10. Angkat dan salut dengan tepung kacang hijau.
  11. Sedia untuk dihidangkan

19. Kuih Buah Melaka

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu garam
  • ½ sudu teh pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan
  • Air secukupnya
  • 2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja)

Cara membuatnya :

  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah­tengahnya.
  3. Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih.
  5. Bebola timbul apabila masak.
  6. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

20. Burger Malaysia

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk sambal :

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (bakar)
  • 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
  • ½ cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Untuk doh:

  • 250g tepung gandum
  • 120ml susu/ air
  • 2 sudu besar margerin
  • 2 ½ sudu besar gula halus
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng )
  • ½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara membuatnya :

Untuk sambal:

  1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis, goreng hingga kekuning­ kuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
  4. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  5. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6.
  2. Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  3. Tumbuk­ tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian.
  4. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  7. Angkat dan tos
  8. Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus).
  9. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.
  10. Sedia untuk dihidangkan

21. Kuih Cakoi

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tepung naik sendiri
  • 11 gram yis segera
  • 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung)
  • ½ cawan gula (jadikan air gula)
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu makan serbukbawang puti (jika suka untukperisa tambahan)
  • Garam secukup rasa
  • ½ – 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
  • Seri kaya dan mentega untuk inti

Cara membuatnya :

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentuk
    doh.
  2. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 20­-30 minit di dalam bekas yang dibalut dengan kain lembab.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Potong doh memanjang dalam ukuran 1 x 4 hingga habis.
  5. Cantumkan 2 potongan bersama bebentuk 2 x 4 dengan tekanan menggunakan kayu stik (chopstick) yang telah disapu minyak.
  6. Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat.
  7. Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau.
  8. Sapu mentega dan isikan seri kaya dalam belahan tersebut.
  9. Sedia untuk dihidangkan

22. Kuih Cara

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 300 gram tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur (pukul hingga kembang)
  • 1 cawan santan
  • 4 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya)
  • ½ sudu teh pewarna hijau
  • Garam secukup rasa
  • Gula (untuk tabur)
  • Marjerin (untuk sapu pada acuan)

Cara membuatnya :

  1. Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna.
  3. Masukkan kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit.
  4. Kacau dan tapis adunan agar tidak bergentil dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
  5. Masukkan garam dan gaul rata.
  6. Sapu rata acuan bahulu dengan marjerin. Panaskan acuan.
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya.
  8. Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat.
  9. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.
  10. Sedia untuk dihidangkan

23. Kuih Cara Berlauk

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Bahan inti:

  • 1 cawan daging kisar
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bawng putih….cincang halus
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh minyak
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang (hiris)
  • Cili merah (hiris)

Bahan untuk kuih:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dan garam.
  3. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
  4. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuih:

  1. Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis.
  2. Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
  4. Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan.
  5. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.
  6. Tutupkan adunan dgn tudung periuk.
  7. Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat.
  8. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan
  9. Sedia untuk dihidangkan.

 

24. Cek Mek Molek

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 600 gram keledek (direbus dan dilecek)
  • 2 cawan tepung gandum
  • Gula (untuk inti)
  • Garam secukup rasa
  •  ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam.
  2. Uli hingga jadi doh yang lembut.
  3. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya.
  4. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali.
  5. Lakukan sehingga selesai.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali.
  7. Goreng hingga kekuning ­kuningan dan angkat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

25. Cucur Badak

Berikut merupakan bahan yang diperlukan:

Untuk inti:

  • ½ biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  •  7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Untuk doh:

  • 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar.
  3. Masak hingga menggelegak.
  4. Masukkan kelapa.
  5. Kacau rata.
  6. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
  3. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf.
  4. Isikan inti di tengah tengahnya.
  5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan.
  7. Angkat dan tos.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

26. Cucur Berperisa

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 600 gram udang (buang kulit dan cincang)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 batang lobak merah
  • 2 tangkai lada merah
  • 4 tangkai daun bawang
  • 8 keping sengkuang cina
  • 120 gram udang kering
  • 300 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu makan gula
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu cair
  • 100mlair
  • ½ ­1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Masukkan bahan kesemua bahan ke dalam  mangkuk kecuali telur, susu, air dan minyak . Gaul sebati.
  2. Masukkan telur, susu dan air. Gaul sebati dan ketepikan selama ½ jam.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kualisatu per satu hingga  habis. Goreng sehingga kekuning­kuningan dengan api sederhana.
  5. Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

27. Cucur Durian

Bahan -bahan yang diperlukan :

  • ½ kg tepung gandum
  • 3 ulas durian
  • 1 ½ cawan air suam
  • 4 sudu gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan kelapa parut
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Kacau isi durian bersama air suam.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Setelah isi durian hancur, masukkan tepung gandum dan kelapa parut sedikit demi sedikit. Kacau dengan lembut supaya cucur tidak keras.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang kecil kemudian angkat dan sedia untuk dihidang.

28. Cucur Ikan Bilis

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • ½ kg tepung gandum
  • 3-4 biji cili merah, Ikan bilis secukupnya (tumbuk lumat)
  • 1-2 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu teh garam
  • Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Masukkan tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dalam mangkuk dan bancuh dengan air panas. Bancuhan perlu pekat dan tidak cair.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam kuali sikit demi sedikit hingga  habis. Goreng sehingga kekuning-­kuningan dengan api sederhana.
  4. Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

29. Cucur  Jagung Bersama Udang

Bahan­-bahan yang diperlukan :

  •  150 gram isi jagung
  • 1 labu bawang besar (cincang)
  • 3 biji cili merah (cincang)
  • 100 gram udang hidup
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit daun kucai
  • Air suam (bergntung pada kualiti tepung)
  • Garam secukup rasa
  • ½  sudu teh kunyit serbuk
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Gaul kesemua bahan kecuali minyak masak dan cili sos.
  2. Panaskan minyak masak di dalaam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api kecil kemudian angkat.
  4. Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.

30. Cucur Karya Pedas

Bahan­-bahan yang diperlukan :

  •  600 gram keledek (rebus dan lecek)
  • 150 gram tepung gandum
  • 100 gram ikan bilis, 5 tangkai lada merah, 3 ulas bawang merah, ½ sudu teh garam (tumbuk lumat)
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya:

  1. Gaul rata keledek bersama bahanyang telah ditumbuk lumat.
  2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, leperkan dan buat lubang di tengah­ tengahnya satu persatu  sehingga habis.
  4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng doh yang telah dibentuk tadi sehingga keemasan. Angkat dan tos.

31. Cucur Lemak Manis

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 4 Biji Ubi kayu (rebus dan lecek)
  • 1 biji kelapa parut
  • 4 sudu meja gula pasir
  • 2 sudu teh garam
  • ½ kilo tepung gandum
  • ½ sudu teh pewarna kuning
  • Air secukupnya
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Gaul hingga rata ubi rebus bersama kelapa parut, gula dan garam . Ambil sedikit kemudian bulatkan sebesar bola ping­pong sehingga habis.
  2. Bancuh pekat tepung gandum bersama air dan pewarna. (dalam bekas lain)
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celup bebola ubi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.  Angkat kemudian tos dan siap untuk di hidang.

32. Cucur Nestum

Bahan­-bahan yang diperlukan :

  •  3 cawan tepung gandum
  • ½ cawan nestum
  • ½ cawan ikan bilis (kisar halus)
  • 1 batang lobak merah parut
  • 1 labu bawang besar, 2 tangkai lada merah, 1 tangkai daun bawang (cincang)
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Bancuh pekat  dengan air yang mencukupi.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api kecil dan angkat.
  4. Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.

33. Cucur Pisang

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 1 sikat pisang emas (lecek)
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

  1. Gaul pisang yang telah dilenyekkan bersama tepung dan telur hingga sebati. Pastikan  adunan tidak terlalu pekat.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna kuning kecoklatan dengan api kecil dan angkat.

34. Cucur Udang

Bahan-­bahan yang diperlukan :

Untuk sos:

  • 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula
  •  2 sudu makan gula merah
  • ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar )

Untuk cucur:

  • 1kg tepung gandum
  • 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
  • 2 pokok daun bawang (potong kecil-­kecil)
  • 500 gram taugeh
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara untuk membuatnya :

Untuk sos cucur udang:

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk  kecuali kacang tanah. Reneh dan kacau  sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.

Untuk cucur:

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecuali udang dan minyak masak. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Kaup adunan dengan senduk, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga keemasan kemudian angkat dan tos.
  4. Hidang bersama sos cucur udang.

35. Donat

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  •  500 gram tepung gandum
  • 1  cawan gula
  • 1 cawan susu tepung
  • ½ sudu teh garam
  • 1 bungkus yis kering
  • 1 sudu makan lemak sayur
  • 1 biji telur (pukul)
  • 2 sudu makan marjerin
  • 250 ml air suam
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
  • Gula halus / coklat cair dan coklat urai (pilihan bahan  salut)

Cara membuatnya :

  1. Gaul  rata tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur di dalam mangkuk.
  2. Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh  hingga tidak melekat.
  3. Tutupkan dengan kain dan biarkan naik.
  4. Selepas naik tumbuk ­tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
  5. Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang  dikehendaki.
  6. Biarkan adunan naik sekali lagi.
  7. Sementara itu panaskan minyak di dalam kualidengan api yg sederhana.
  8. Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
  9. Salut donat yang telah digoreng dengangula halus atau sapu coklat pada bahagian  atas donat dan tabur dengan coklat urai.

 

36. Getas

Bahan­-bahan yang diperlukan :

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
  • 1 sudu teh garam
  • Air suam secukupnya
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
  • Gula halus

Cara membuatnya :

  1. Gaul rata tepung pulut, kelapa parut dan garam.
  2. Tambah air suam sikit demi sedikit kemudian uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, bentukkan bujur dan leper.
  4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali
  5. Goreng doh sehingga kuning-­kekuningan. Angkat dangaulkan dengan gula serbuk.

37. Jongkong

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • Santan secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
  • Daun pisang secukupnya (buat bakul)

Cara membuatnya :

  1. Gaul sebati santan dan garam.
  2. Didalam bekas lain, gaul sebati tepung beras bersama santan. Masak dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga masak dan pejal kemudian tutup api.
  3. Letak  daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Ambil  2 sudu makan tepung yang sudah masak sudu makan tepung yang sudah masak dan letak sudu makan tepung yang sudah masak dan letak di atas daun pandan. Tambah gula dan santan, pastikan kanji tepung tadi tidak dalam keadaan tertutup. Bungkus dan semat sehingga habis.
  4.  Sementara itu panaskan pengukus.
  5. Kukus sampai santan masak lebih kurang 1 jam.

Sedia untuk dihidangkan.

38. Jongkong Kelapa Muda

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 100 gram tepung beras
  • 50 gram tepung sagu
  • ¼ sudu teh garam
  • 600 ml air
  • 50 ml air daun pandan
  • 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
  • 250 gram gula melaka (hancurkan)
  • 2 biji isi kelapa muda
  • 500 ml santan dari 1 biji kelapa
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Cara membuatnya :

  1. Campur tepung beras, tepung sagu dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan  bancuh dengan sebahagian air. Ketepikan.
  2. Didihkan air selebihnya, masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak kemudain angkat.
  3. Letak daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat, buat sehingga masak.
  4. Sementara itu panaskan pengukus.
  5. Kukus selama 1 jam sehingga masak

39. Karipap

Bahan-­bahan yang diperlukan :

Bahan Inti:

  • 1 kg kentang/keledek (dipotong  dadu)
  • 600 gram bawang besar  (dipotong dadu)
  • 800 gram daging lembu/ayam  (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 sudu makan jintan manis (Tumbuk lumat)
  • 1 bungkus serbuk kari
  • ¾ cawan minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu makan besar gula
  • 1 sudu makan garam
  • ½ sudu teh serbukperisa (jika  mahu)
  • 700 ml air

Bahan doh:

  • 1 kg tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu makan garam
  • ¾ buku lepa susu
  • 2 biji telur
  • 1 cawan ais
  • 500 ml air
  • ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk  menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk Inti:

  1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga bergumpal.
  2. Masukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa, air dan ketang/keledek. Biarkan mendidih hingga agak kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar kemudian angkat sejukkan.

Untuk Kulit:

  1. Gaulkan tepung bersama air, garam dan ais di dalam mangkuk.
  2. Gaul tepung dan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata-rata atas tepung tadi. Gaul dengan hunjung jari hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air ais bergaram sedikit dan gaul hingga jadi doh, Rehatkan ½ jam.
  3. Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu  makan inti, tutup dan kelim kemas­-kemas/gunakan acu karipap untuk menutupnya dan elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
  4. Hendaklah dipanaskan minyak di dalam kuali menggunakan api yang kecil.
  5. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

 

40. Karipap Mudah

 Bahan­-bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • batang kulit kayu manis, ½  sudu teh makan jintan manis (Tumbuk bersama)
  • ½  inci halia, 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih (Tumbuk bersama)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk cili (jika mahu pedas)
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • ½ kg ubi kentang/ keledek(potong dadu)
  • 100 gram daging lembu/ayam
  • 2 cawan air

Untuk kulit :

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak  (panaskan)
  • ½-1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk inti :

  1. Panaskan minyak kemudian tumis kulit kayu manis dan jintan hingga naik bau.
  2. Masukkan masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili. Kacau rata hingga terbit minyak.
  4. Masukkan gula, garam dan daging. Kacau rata hingga daging separa masak.
  5. Masukkan ubi kentang/keledek dan air. Kacau seketika dengan tutup periuk dengan api kecil kemudian biarkan seketika hingga ubi empuk.
  6. Tutup api setelah masak dan ketepikan.

Untuk Kulit:

  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Curah minyak panas ke dalam tepung. Gaul rata membentuk doh. ( tambah tepung atau inyak jika doh terlalu lembut atau keras)
  2. Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu  makan inti, tutup dan kelim kemas-kemas/ gunakan acu karipap untuk menutupnya danelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api kecil.
  4. Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

41. Kuih Kacang (Kasturi)

Bahan­-Bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • 1 cawan kacang hijau (rendam selama 4­5 jam)
  • Air secukupnya untuk merebuskan
  • ½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
  • 3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)
  • 3 sudu makan tepung gandum

Untuk kulit /salut:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • ½ sudu teh kapur sirih
  • Air secukupnya
  • ½ sudu teh garam
  • ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara untuk membuatnya :

Untuk inti:

  1. Kacang hijau direbuskan sehingga  pecah/lembut dan kering airnya.  (Jangan sampai hangus)
  2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
  3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.

Untuk kulit /salut:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak masak dan Bancuh sebati.
  3. Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng.

42. Kaswi

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 250 ml air
  • 60 gram gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 180 gram gula melaka (hancurkan)
  • 120 gram tepung sagu
  • 150 gram tepung beras basah
  • 1 sudu teh air kapur
  • ½ biji kelapa muda parut
  • ½ sudu teh garam

Cara membuatnya :

  1. Cairkan gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula  larut.
  2. Masukkan tepung sagu, tepung beras dan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap gula ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Tuang adun dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan. Masukkan loyang kedalam kukusan. Kukus selama 20­-30minit(sehingga masak). Setelah masak sejukkan dan potong.
  4. Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
  5. Taburkan kelapa pada kuih yang telah dipotong.


43. Keria

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 600 gram keledek (rebus dan lecek)
  • Setengah cawan air
  • 5 sudu makan gula pasir
  • Tepung gandum secukupnya
  • ½  ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara  membuatnya :

  1. Masukkan keledek ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit­sedikit hingga boleh diuli.  Jangan terlalu lembut atau terlalu keras.
  2. Ambil sedikit adunan, leperkan serta lubangkan di tengah-­tengahnya. Buat  hingga habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng adunan tadi sehingga kemasan.
  5. Dalam kuali yang lain, masak gula bersama air hingga likat. Masukkan kuih yang telah  digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan.

44. Koci

Bahan-­bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • 1 biji kelapa parut
  • ½ cawan gula kabung
  • 1 cawan gula pasir  2 helai daun pandan
  • 5)  ½ cawan air

Untuk kuih:

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 2 mangkuk santan ( ½ mangkuk dimasak hingga pecah minyak)
  •  ½ sudu teh garam
  •  Daun pisang yang telah dilayur secukupnya

Cara membuatan :

Untuk inti:

  1. Gaul semua bahan­-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu  doh yang lembut dan mudah dibentuk.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan  adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat­bulatkan dan celup ke dalam santan  masak.
  3. Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan-­bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus  selama 20­30minit (sehingga masak).

45. Koci Labu

Bahan-­bahan yang diperlukan:

Untuk inti:

  • 1 biji kelapa parut
  • ½ cawan gula kabung
  • 3)  1 cawan gula pasir
  • 4)  2 helai daun pandan
  • 5)  ½ cawan air

Untuk kuih:

  • 1 biji labu (rebus dan lecek)
  •  ½ sudu teh garam
  • 3)  Tepung pulut secukupnya
  • 4)  Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
  • 5)  1 cawan minyak masak

Cara membuatya :

Untuk inti:

  1. Gaulkan semua bahan­-bahan inti dalam kuali dan jerangkan.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan  adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat­bulatkan dan celup ke dalam minyak.
  3. Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan­-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus  selama 20­-30minit (sehingga masak).

46. Kuih Bom

Bahan-­bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • ½ biji kelapa parut
  • ¼  cawan gula kabung
  • ½  cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • ¼  cawan air

Untuk kuih:

  • 240 gram tepung pulut
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 200 mlair
  • 50 gram biji bijan
  • ½  ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1.  Gaulkan semua bahan­-bahan inti dalam kuali dan jerangkan.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung pulut, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh yang lembut.
  2. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan isikan inti di tengah-­tengahnya. Pastikan tidak bobor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga doh habis.
  3. Sementara itu panaskan minyak.
  4. Goreng kuih bom hingga keemasan. Angkat dan tos.

47. Kuih Gulung (Ketayap)

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • ½ biji kelapa parut
  • ¼  cawan gula kabung
  • ½  cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • ¼ cawanair

Untuk  kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan jus pandan
  • ½ cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh garam

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Gaulkan semua bahan­-bahan inti dalam kuali dan jerangkan.
  2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk.
  2. Panaskan kuali leper (pan), kemudian sapu dengan minyak masak/ marjerin.
  3. Letakkan sesenduk adunan dan lenggang­-lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan  nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-­tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan.  Gulung kemas­-kemas. Buat hingga habis.

48. Kuih Jagung

Bahan-­bahan yang diperlukan :

  • 1 tin jagung manis
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin  tepung kastard
  • 1  tin air
  • ½ tin gula

Cara membuatnya :

  1. Campur semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga  pekat.
  2. Tuang adunan yang sudah pekat ke dalam loyang dan sejukkan. (masukkan ke dalam peti ais jika suka sejuk)
  3. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan

49. Kuih Lapis

Bahan-­bahan yang diperlukan:

  • 1 ¾ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi
  • 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 1 cawan gula pasir
  • Garam  secukup rasa.
  • Pewarna merah

Cara membuatnya :

  1. Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
  2. Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam santan tadi. Kacau rata supaya tidak  bergentel. Masukkan garam.
  4. Adunan di bahagi dua, satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi di  warnakan merah.
  5. Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
  6. Masukkan satu senduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa  masak)
  7. Ulangi langkah 6 dengan menggunakan adunan merah.
  8. Ulangi langkah 6 dan tujuh sehingga adunan habis.
  9. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong.

50. Kuih Lapis Batik

Bahan­-bahan yang diperlukan :

  •  500 gram tepung ubi
  • 150 gram tepung gandum
  • 400 gram gula pasir
  • 8 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna hijau, kuning dan lain ­lain

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalammangkuk. Gaul rata dan tapis.
  3. Sapu rata loyang dengan minyak.Tuang 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan  pewarna-pewarna pilhan engikut kesukaan. Kukus selama 3 minit.
  4. Ulangi langkah 3 sehingga habis. Bila selesai kukus hingga masak.
  5. Biarkan sejuk baru dipotong.

51. KUIH LAPIS COKLAT JAGUNG

citarasawan.blogspot.com

Bahan­-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 3/4 cawan gula
  • 4 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • ½ cawan isi jagung (kisar bersama ½ cawan air)
  • 1 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengn ½ cawan air suam)

Cara:

  1.  Panaskan kukusan.
  2. Kisar semua tepung, gula dan santan. Tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkanjagung dalam bahagian 1 dan gaul rata.
  5. Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata.
  6. Sapu rata loyang dengan minyak masak.
  7. Masuk 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3 minit.
  8. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 3 minit.
  9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan dan potong.

Siap untuk dihidangkan.

52. KUIH LAPIS KELADI

Bahan-­Bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • ¾ cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu teh garam

Untuk lapisan A:

  • ½ cawan air
  •  sudu makan pes keladi
  • Pewarna ungu

Untuk lapisan B:

  • ½ cawan keladi parut
  • ½ cawan air

Cara:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Kisar semua bahan kecuali bahan untuk lapisan dan tapis.
  3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  4. Masukkan bahan A dalam bahagian1.
  5. Masukkan bahan B dalam  bahagian 2.
  6. Sapu rata loyang dengan minyak.
  7. Masukkan 1 cawan adunan bahan Ake dalam loyang dan kukus selama 3 minit
  8. Lapiskan 1 cawan adunan bahan B dan kukus lagi selama 3 minit.
  9. Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
  10. Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

53. KUIH SAGU

Bahan­-bahan :

  • ½ gelas sagu biji (bilas bersih)
  • 3 gelas air
  • 6 sudu makan gula
  • ½ sudu teh pewarna merah / hijau
  • 1 helai daun pandan
  • ½ biji kelapa parut muda (putih sahaja)
  • ½ sudu teh sedikit garam

Cara membuatnya :

  1. Masukkan gua, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan  mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan. Masukkan pewarna dan sagu biji. Kacau hingga sagu kembang.
  3. Angkat dan masukkan ke dalam loyng. Biarkan sejuk.
  4. Potong dan gaul dengan kelapa parut.

Sedia untuk dihidangkan.

54. LEMPENG COKLAT

Bahan­-bahan :

  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan gula kastor atau gula perang
  • 1 gelas susu segar
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega cair
  • Madu (untuk cicah)

Cara membuatnya :

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan susu dan tepung berselang seli.
  3. Masukkan mentega cair dan gaulkan rata dan sebati.
  4. Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata minyak masak atau mentega.
  5. Tuang sebahagian adunan tadi ke atas kuali. Balikkan apabila satu bahagian separa masak. Angkat setelah masak. Buat sehingga habis.
  6. Hidangkan bersama madu.

Sedia untuk dihidangkan

55. LEMPENG PISANG

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 2 sisir pisang berangan masak (lecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • ½ biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
  • ½ sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya :

  1. Masukkan tepung dan gula ke dalam bekas yang mengandungi pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
  2. Letakkan 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jangan terlalu tebal.
  3. Taburkan kelapa parut ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
  4. Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas.

56. LEPAT JAGUNG

Bahan­-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung jagung
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 2 tongkol jagung dihiris
  • 1 sudu teh  garam
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara:

  1. Gaulkan sebati semua bahan kecuali jagung dan daun pisang. Kemudian tapiskan.
  2. Masukkan jagung dan kacau rata.
  3. Masakkan adunan sehingga kental.
  4. Panaskan kukusan.
  5. Ambil sehelai daun pisang, letakkan 2 sudu adunan jagung ditengah-­tengahnya secara  memanjang.
  6. Balut adunan itu dengan melipat kedua-­dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12cm x 11cm. Buat sehingga habis.
  7. Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.

57. LEPAT LABU

Bahan­-bahan :

  • ½ biji labu, (rebus dan lecek)
  • ½ biji kelapa parut
  • 1 cawan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula merah
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara membuatnya :

  1. Panaskan pengukus.
  2. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
  3. Ambil sehelai daun pisang, letakkan 1sudu adunan labu ditengah­-tengahnya secara  memanjang.
  4. Letakkan 1 sudu kelapa parut di tengah-­tengahnya sebagai inti. 1 sudu adunan labu. Letakkan 1 sudu adunan labu atas kelapa parut tadi.
  5. Balut adunan itu dengan lipatkan kedua-­dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12cm x 11cm. Buat sehingga habis.
  6. Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.

58. LEPAT PISANG

Bahan­-bahan :

  • 6 biji pisang masak (buang kulit)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum (ayak)
  • ½ biji kelapa parut
  • ½ sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara membuatnya :

  1. Panaskan pengukus.
  2. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
  3. Ambil sehelai daun pisang, letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah-­tengahnya secara  memanjang.
  4. Letakkan 1 sudu kelapa parut di tengah­-tengahnya sebagai inti.
  5. Lapiskan  kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang. Balut adunan itu dengan lipatkan kedua-­dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12cm x 11cm. Buat sehingga  habis.
  6. Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.

59. LOMPANG

Bahan­-bahan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 ½ cawan air gula merah (suam)
  • ½  cawan air
  • ½ sudu teh kapur sirih
  • ½ biji kelapa muda parut
  • ½ sudu teh garam

Cara:

  1. Panaskan cawan-­cawan tembikar kecil dalam kukusan.
  2. Bancuhkan tepung dan air kapur.
  3. Tuang air gula merah dan kacau rata.
  4. Tapis adunan tadi kedalam jag dan tuang ke dalam cawan-cawan yang telah dipanaskan tadi.
  5. Kukus selama 15 minit.
  6. Sejukkan dan cungkil perlahan­-lahan. Tabur kelapa parut di atas kuih.

Sedia untuk dihidangkan.

60. LOMPANG BERLAUK

citarasawan

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • 1 cawan daging/ayam kisar
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bawng putih (cincang)
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai cili merah

Untuk lompang:

  • 2 cawan tepung beras
  • 4  cawan santan suam
  • ½ sudu teh kapur
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan rempah kurma sehingga wangi.
  2. Masukkan daging/ayam dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
  3. Angkat dan sejukkan.

Untuk lompang:

  1. Panaskan cawan­-cawan tembikar kecil dalam kukusan.
  2. Bancuh sebati semua bahan untuk lompang.
  3. Tapiskan adunan kedalam jag dan tuang ke dalam cawan-­cawan yang telah dipanaskan tadi.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Sejukkan dan cungkil perlahan-­lahan. Tabur inti bersama daun bawang dan cili merah di  atas kuih.

Sedia untuk dihidangkan.

61. LOMPAT TIKAM

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk sira:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disiat-­siat)

Untuk lapisan hijau:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan cair
  • ½ cawan jus pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu teh air kapur
  • ½ sudu teh garam

Untuk lapisan putih:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

Untuk sira:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Tapis dan ketepikan.

Untuk lapisan hijau:

  1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.
  2. Gaulkan sebati semua bahan dan tapiskan.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  4. Cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.

Untuk lapisan putih:

  1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
  2. Masukkan adunan ke atas lapisn hijau yang telah masak tadi dan kukus selama 15 minit.
  3. Sejukkan dan potong. Hidang bersama sira.

Sedia untuk dihidangkan.

62. LOPES

Bahan­-bahan :

Untuk sira:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disiat­-siat)

Untuk lopes:

  • 1 kg beras pulut
  • 5 helai daun pandan (jadikan jus)
  • 1 cawan gula melaka
  • Beberapa helai daun pisang
  • Tali
  • 1 biji kelapa parut muda (putih)
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

Untuk sira:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Tapiskan dan ketepikan.

Untuk lopes:

  1. Rendam beras pulut sehingga kembang. Kukuskan sehingga pulut separuh masak.
  2. Gaulkan rata pulut dengan perahan air daun pandan.
  3. Daun pisang dibuat kelongsong dan diikat bahagian pangkalnya dengan tali.
  4. Panaskan pengukus.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam kelongsong dan pastikan ia tidak terlalu padat dan ikatkan  di bahagian hujungnya.
  6. Kukus  pulut tadi sehingga masak. Kemudian sejukkan.
  7. Potong pulut yang telah disejukkan dan gaulkan dengan kelapa parut.
  8. Hidangkan dengan sira.

Sedia untuk dihidangkan.

63. NAGASARI

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh  garam
  • 5 biji pisang raja
  • Daun pisang secukupnya (layurkan)

Cara membuatnya :

  1. Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
  2. Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkatkan.
  3. Letakkan 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang.
  4. Letakkan sepotong pisang dan  tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. Buat hingga habis.
  5. Sementara itu panaskan pengukus.
  6. Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan.

64. PAI TEE

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk inti:

  • 2 sudu minyak masak
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • ½ biji sengkuang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
  • 100 gram ayam/ udang. (cincang halus)
  • 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)  8)  ½ sudu teh garam

Untuk kulit:

  • 100 gram tepung ubi
  • 100 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • ½ sudu teh garam
  • ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan  isi ayam atau udang. Kacau  sebentar.
  2. Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu atau masak.
  3. Masukkan telur yang dicincang dan gaul rata.
  4. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air.
  2. Tambah air sedikit demi sedikit dan  gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
  4. Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
  5. Celupkan semula kedalam minyak panas.
  6. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
  7. Goreng sehingga kekuningan.
  8. Angkat dan toskan.
  9. Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos.

Sedia untuk dihidangkan.

65. PAU GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • 200 gram kacang merah
  • Air secukupnya (untuk rebus)
  • 100 gram gula perang
  • ½ sudu teh pewarna merah
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar minyak masak

Untuk pau:

  • 500g tepung naik sendiri
  • 6 gram yis segera
  • 50 gram minyak sayur
  • ½ sudu teh garam
  • 100 gram gula halus
  • 250 gram air suam
  • ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar halus (kisar bersama air  rebusan)
  2. Satukan kesemua bahan-­bahan inti dan masak hingga pekat.
  3. Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.

Untuk pau:

  1. Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan bahan-­bahan ini ke dalam tepung membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.
  2. Bentukkan doh menjadi memanjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
  3. Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  4. Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengah­tengah, tutup doh supya tidak bocor dan bulatkan semula.
  5. Lapikkan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi  selama 1 jam.
  6. Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas.
  7. Goreng pau sehingga warna keemasan.

Sedia untuk dihidangkan.

66. PAU KUKUS

Bahan­-bahan :

Untuk inti:

  • 200 gram kacang merah
  • Air secukupnya (untuk rebus)
  • 100 gram gula perang
  • ½ sudu teh pewarna merah
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar minyak masak

Untuk pau:

  • 500 gram tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh yis segera
  • 2 sudu makan shorterning (crisko)
  • 250 gram air suam
  • Keratan daun pisang atau kertas minyak.

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar halus (kisar bersama air  rebusan)
  2. Satukan kesemua bahan­-bahan inti dan masak hingga pekat.
  3. Setelah pekat masukkan minyak masak dan kacau sehingga rata.

Untuk pau:

  1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
  2. Masukkan air sedikit-­sedikit sehingga habis. Uli sehingga licin.Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
  3. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Bulatkan dan  masukkan inti.
  4. Alaskan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas minyak.
  5. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
  6. Panaskan kukusan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama 10 minit.
  8. Buka tudung dengan perlahan-­perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.

Sedia untuk dihidangkan.

67. PIZZA MINI

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk inti (topping):

  • 250 gram daging kisar
  • 2 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji lada benggala kecil
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 keping nanas (potong dadu)
  • 1 cawan cendawan butang (potong 4)
  • 100 gram keju mozzarella parut
  • 1 sudu makan minyak
  • 3 sudu makan cili sos
  • 1 cawan tomato puri
  • 1 sudu teh serbuk daun aregano
  • 1 sudu teh garam

Untuk doh:

  • 500 tepung gandum
  • 11 gram yis segera
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan majerin
  • 1 cawan air suam
  • ½ cawan minyak

Cara:

Untuk inti (topping):

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan separuh tomato puri, cili sos, garam, oregano dan daging, kacau rata sehingga  daging masak.
  3. Masak hingga pekat dan ketepikan.

Untuk doh:

  1. Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Tutup dengan kain lembap dan  barkan naik 2x ganda.
  2. Tumbuk-­tumbukkan doh untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa ketulan.
  3. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki. Biarkan selama 15  minit. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180°c
  4. Bakar doh dalam ketuhar selama 10 minit.
  5. Keluarkan dan ratakan tomato puri dikuti inti. Aturkan hirisan tomato, cili benggala, cendawan,  nanas dan taburkan keju parut.
  6. Bakar seketika hingga hingga keju cair sepenuhnya.

Sedia untuk dihidangkan.

68. POPIA GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kulit popia saiz besar
  • 1 biji telur (pukul)
  • ½ batang lobak merah
  • 1 keping tahu (goreng dan cincang)
  • ½ biji sengkuang
  • 2 sudu udang kering (tumbuk)
  • 1 cawan kobis (sagat)
  • 1 labu bawang besar (cincang)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji cili merah (cincang)
  • 1 sudu teh garam
  • ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Untuk sos:

  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu makan cili mesin/giling1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu makan cuka
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • ½ cawan air

Cara membuatnya :

  1. Panaskan 2 sudu minyak masak. Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan udang kering, lobak merah, tahu, sengkuang, cili merah, garam, sayur dan kobis. Masak sehingga layu. kobis.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasa. Kemudian lipat serta gulungkan. Buat sehingga abis.  Gulungkan.
  5. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan popia yang siap digulungkan hingga garing. Angkat dan toskan.

Untuk sos:

  1. Mesin semua bahan dan didihkan sebentar.
  2. Hidang bersama popia goreng.

Sedia untuk dihidangkan.

 

loading...


69. PUDING GULA HANGUS

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • ½ cawan gula. Dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
  • 1 tin susu cair
  • 1 fruit cocktail (asingkan airdan isi)
  • 5 biji telur
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung kastad

Cara membuatnya :

  1. Panaskan periuk kukusan.
  2. Gaulkan rata semua bahan kecuali gula dan isi fruit cocktail. Kemudian tapiskan.
  3. Sementara itu cairkan gula di dalam loyang hingga kekuning-­kuningan.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang gula tadi.
  5. Tutup loyang dengan plastik glaze nipis dan kukus selama 30 minit.
  6. Sejukkan kemudin terbalikkan dalam pinggan besar.
  7. Taburkan isi buahfruit cocktail. Sejukkan seketika.

Sedia untuk dihidangkan.

70. PUDING ROTI

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk sos kastad:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 sudu makan gula

Untuk puding:

  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kismis hitam

Cara membuatnya :

Untuk sos kastad:

  1. Gaul rata kesemua bahan untuk sos kastad.
  2. Didihkan sebentar di atas api.

Untuk puding:

  1. Rendam roti yang telah dipotong 4 setiap satu bersama susu segar selama 30 minit di dalam  loyang.
  2. Tuang ke dalam loyang bahan yang telah digaul rata.
  3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 30 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
  4. Tuangkan sos kastad diatas puding semasa menghidang.

Sedia untuk dihidangkan.

71. PUDING ROTI COKLAT

Bahan­-bahan :

  • 1 buku kecil roti
  • 1 liter susu coklat kotak
  • 3 sudu makan gula perang
  • 2 biji telur (pukul)
  • 1 sudu makan mentega cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 50 gram coklat urai
  • 50 gram coklat cair

Cara membuatnya :

  1. Potong­-potong roti pada saiz kecil.
  2. Gaul rata susu dengan mentega cair, gula  dan telur.
  3. Masukkan roti dan rendam selama 1 jam.
  4. Masukkan coklat urai dan gaul rata.
  5. Sapu rata mentega pada loyang. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu  180°c selama 1 jam.
  6. Sejukkan dan tuang rata permukaan dengan coklat cair. Potong kecil dan hidangkan.

Sedia untuk dihidangkan.

72. PULUT BERINTI

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • ½ biji kelapa muda parut
  • ½ cawan gula merah
  • ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan

Untuk pulut:

  • 3 cawan beras pulut (basuh dan rendam seketika)
  • 4 cawan santan
  • ½ sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara membuatnya :

Untuk inti:

  1. Masukkan kesemua bahan untuk inti. Didihkan ke atas api. Angkat dan ketepikan sementara.

Untuk pulut:

  1. Masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  2. Letakkan pulut yang sudah dikukuskan atas daun pisang.
  3. Letakkan inti kelapa manis ke atas pulut.
  4. Kemudian bungkuskan pulut saperti bungkus nasi lemak.

Sedia untuk dihidangkan.





73. PULUT PANGGAN

Bahan-­bahan:

  • 500 gram beras pulut (dikosek & ditoskan)
  • 1 ½ cawan pati santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2­3 sudu makan minyak jagung
  • 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
  • 2 tangkai lada merah
  • 10 ulas bawang merah
  • ½ sudu lada sulah
  • 4 biji buah keras
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu makan garam
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar (goreng tanpa minyak)
  • 1 sudu belacan (dibakar)
  • ½ sudu makan gula pasir
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
  • Lidi untuk sematan

Cara:

  1. Masuk dan gaul pulut, santan ,daun kunyit, daun pandan dan ½ sudu garam di dalam loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang.
  2. Keluarkan daun-daun dan ketepikan pulut.
  3. Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan yang ditumbuk selama 3 minit.
  4. Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering tetapi jangan sampai hangus. Masukkan garam, kacau dan angkat. Kemudian sejukkan.
  5. Letakkan sedikit pulut di atas daun pisang. Bentukkan supaya menjadi gulungan­-gulungan leper mengikut selera masing-masing.
  6. Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketat-­ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
  7. Panggang pulut dia atas api arang atau dapur biasa yang perlahan selama 30 minit, dengan membalik­  baliknya selalu.

Sedia untuk dihidangkan.

74. PULUT SERUNDING

Bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk serunding:

  • ½ biji kelapa parut
  • 5 tangkai cili kering (rebus dan kisar dengan ¼ cawan air)
  • 1 sudu makan udang kering (tumbuk)
  • 1 batang serai (titik)
  • ½ labu bawang besar (kisar bersama cili)
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam

Untuk pulut:

  • 2 cawan beras pulut
  • ½ sudu teh garam
  • Air secukupnya

Cara membuatnya :

Untuk serunding:

  1. Masukkan semua bahan untuk serunding kecuali kelapa ke dalam kuali di atas api sederhana. Gaulkan rata hingga menggelegak.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Masak sehingga kering dengan api kecil dan kacau. Tutup api dan biarkan sejuk.
  3. Kisarkan kelapa tadi separa halus. Kemudian ketepikan.

Untuk pulut:

  1. Basuh bersih beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  2. Tambah air  secukupnya dan garam. Masak seperti masak nasi biasa.
  3. Setelah masak biarkan sejuk seketika. Ratakan pulut di dalam loyang . Terbalikkan pulut dari loyang.
  4. Potong empat segi atau  terapkan dengan acuan bulat. Buat hingga habis.
  5. Salut serunding pada pulut tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

75. PUTERI BERSIRAM

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 300 gram tepung pulut
  • 1 cawan jus pandan (air perahan daun pandan yang dikisar)
  • ½ sudu garam
  • ½ biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
  • 2 cawan air
  • 1 keping gula melaka (hancurkan)
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • ½ sudu teh pewarna merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :

  1. Bancuh tepung pulut bersama garam dan jus pandan. Adukkan hingga menjadi doh.
  2. Bahagikan kepada  tiga bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah, satu bahagian dengan  warna kuning dan satu lagi bahagian dengan warna hijau atau mengikut selera anda untuk warna.
  3. Didihkan air di dalam periuk. Sementara itu gentel ketiga-­tiga bahagian adunan tadi bulat­-bulat sebesar guli.
  4. Masukkan doh yang telah digentel satu persatu ke dalam periuk.
  5. Angkat doh yang masak apabila timbul di permukaan air dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.
  6. Toskan setelah sejuk.
  7. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk yang lain. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan.
  8. Kacau dan masak hingga gula hancur.
  9. Tapis adunan air gula tadi. Masak semula hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan kacau selalu.
  10. Masukkan adunan doh yang telah ditoskan. Kacau hingga rata.
  11. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.

Sedia untuk dihidangkan.

76. PUTU BAMBU

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 250 gram tepung beras (goreng tanpa minyak)
  • ⅓ cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 ½ cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula merah
  • 3 biji pisang masak (hiris)
  • Air limu nipis (direnjiskan ke atas hirisan-hirisan pisang)
  • Buluh bergaris pusat 8 cm atau acuan bulat

Cara-cara membuat Putu Bambu :

  1. Tambahkan sedikit garam ke atas tepung, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaul rata.
  3. Masukkan 2 sudu adunan ke dalam buluh/acuan. Kemudian, masukkan sedikit gula melaka atau hirisan pisang dan tutup dengan 1 sudu kelapa.
  4. Kukus selama 10 minit, atau hingga masak.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

77. ROTI JALA

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 500 gram tepung gandum
  • 500 ml air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam
  • Minyak secukupnya
  • Simpulan daun pandan sebagai berus minyak

Cara-cara membuat Roti Jala :

  1. Blendkan semua bahan di atas kecuali minyak hingga sebati. Kemudian tapis.
  2. Panaskan kuali leper dan sapu rata permukaan kuali dengan minyak terlebih dahulu, menggunakan daun pandan.
  3. Layangkan adunan dalam acuan/cawan roti jala.
  4. Setelah selesai, angkat dan lipatkan berbentuk segi empat atau segi tiga atau boleh juga digulungkan.
  5. Sedia untuk dihidangkan dengan *gulai daging/ayam.

*GULAI DAGING / AYAM

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 250 gram daging atau ½ ekor ayam
  • ½ cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 biji kentang (potong 8)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 bungkus kecil rempah kari daging (dibancuh dengan ¼ cawan air)
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 ½ sudu teh garam

Bahan-bahan tumbuk :

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara membuat Gulai Daging/Ayam:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
  4. Masukkan santan cair dan kerisik dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan pekat.
  6. Kemudian, biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak pecah minyak.
  7. Masukkan garam, kacau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan bersama roti jala.

78. ROTI JOHN

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 1 buku roti bun panjang (belah 2 tanpa putus)
  • ½ batang timun (hiris)
  • 2 kelopak salad hijau
  • Sos cili secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • 1 tin kecil sardin (hancurkan)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 biji cili merah (cincang)
  • 2 biji telur (pukul)
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Roti John :

  1. Satukan rata sardin, bawang, cili, telur dan garam. Gaul rata.
  2. Sapu rata mentega/minyak pada permukaan kuali leper dan panaskan.
  3. Seterusnya, senduk dan tuang adunan sardin memanjang di atas kuali. Kemudian, tutup dengan roti yang telah dibelah tadi.
  4. Biarkan garing dan angkat.
  5. Akhir sekali, sapu rata mayonis dan masukkan hirisan timun salad. Tuang sos cili dan tutup. Potong kepada 8 bahagian.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

79. SAMOSA

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 3 biji ubi kentang dan 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan rempah kurma (dibancuh dengan 2 sudu air)
  • ½ cawan air
  • 200 gram daging cincang
  • ½ tin kacang pis
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris)
  • 2 sudu minyak
  • ½ sudu teh garam
  • Kulit popia secukupnya
  • ½ – 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara membuat Samosa :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kurma dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan daging cincang dan gaul rata hingga masak.
  4. Masukkan kentang dan air. Gaul rata dan biarkan empuk.
  5. Seterusnya, bentang kulit popia. Isikan inti dan lipat membentuk segitiga/gulung.
  6. Panaskan kuali. Goreng hingga berwarna kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

80. SAMOSA SAYURAN

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 50 gram bawang besar (cincang)
  • 15 gram buah pelaga (tumbuk)
  • 100 gram rempah kari ayam
  • 100 gram lobak merah (rebus dan hiris)
  • 100 gram ubi kentang (rebus dan hiris)
  • 100 gram kacang pis
  • 15 gram serbuk kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 10 keping kulit popia
  • ½ – 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara membuat Samosa Sayuran :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang bersama buah pelaga.
  2. Masukkan rempah kari ayam, lobak merah, ubi kentang dan kacang pis. Gaul hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan serbuk kunyit, kayu manis dan daun kari. Masak hingga kering.
  4. Seterusnya, bentang kulit popia. Isikan inti dan lipat membetuk setigiti/gulung.
  5. Panaskan kuali. Goreng samosa hingga berwarna kekuning-kuningan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

81. SERI MUKA

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair
  • ½ sudu teh garam

Untuk lapis atas:

  • 3 cawan santan pekat
  • 4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)
  • ½ sudu teh pewarna hijau
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung atau kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Seri Muka :

Untuk lapisan bawah:

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
  2. Sapu rata minyak pada loyang.
  3. Masukkan campuran pulut tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  4. Kemudian, tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Untuk lapisan atas:

  1. Kisar semua bahan dan tapis.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
  3. Kukus lebih kurang selama ½ jam.
  4. Sejukkan terlebih dahulu baru potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

82. SERI MUKA DURIAN

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair
  • ½ sudu teh garam

Untuk lapis atas :

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan durian
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung dan tepung kastad
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Seri Muka Durian :

Untuk lapisan bawah:

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.
  2. Sapu rata minyak pada loyang.
  3. Masukkan campuran pulut tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  4. Kemudian, tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Untuk lapisan atas:

  1. Kisar semua bahan dan tapis.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
  3. Kukus lebih kurang selama ½ jam.
  4. Sejukkan terlebih dahulu baru potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

83. SOM-SOM

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk Sira:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disiat-siat)

Untuk Kuih:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 4 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Som-Som :

Untuk Sira:

  1. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Tapis dan ketepikan.

Untuk kuih:

  1. Panaskan kukusan dan sapu rata loyang dengan minyak.
  2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Tuang ke dalam periuk.
  3. Kacau adunan sebentar dan tuang ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit.
  4. Tutup api dan sejukkan.
  5. Potong dan sedia untuk dihidangkan bersama air sira tadi.

84. TAHU SUMBAT

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk kuah cili:

  • 5 biji cii merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam

Untuk tahu:

  • 3 keping tahu (goreng hingga masak)
  • 5 helai daun salad hijau (potong kecil)
  • ½ batang lobak merah kecil (sagat)
  • ½ batang timun kecil (sagat)

Cara-cara membuat Tahu Sumbat :

Untuk kuah cili:

  1. Kisar kesemua bahan hingga halus.
  2. Didihkan seketika di atas api.
  3. Angkat dan ketepikan.

Untuk tahu:

  1. Potong 2 bubu tahu goreng membentuk segitiga. Belah bahagian dalam tahu untuk sumbat inti.
  2. Kemudian, gaulkan semua sayuran dan masukkan dalam tahu tadi.
  3. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah cili.

85. TAKO

 

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan dibuat jus
  • Daun pandan secukupnya (dibalut bakul)

Untuk lapis atas:

  • ½ cawan tepung jagung
  • 4 cawan santan pekat
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Tako :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Kisar kesemua bahan.
  3. Tuang ke dalam bakul daun pandan ⅓ penuh.
  4. Kukus selama 15 minit.

Untuk lapisan atas:

  1. Kacau rata kesemua bahan dan masak atas dapur sehingga pekat.
  2. Tuang ke atas adunan lapis bawah tadi.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

86. TALAM

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 helai daun pandan dibuat jus

Untuk lapis atas:

  • ¾ cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan sapu rata loyang dengan minyak.
  2. Gaul rata semua bahan. Kemudian, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar di atas api.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus adunan selama setengah jam.

Untuk lapisan atas:

  1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan di atas api. Kacau rata.
  2. Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan bawah.
  3. Kukus sehingga masak selama 20 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

87. TALAM BERLAUK

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • 200 gram daging kisar
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 biji cili merah (hiris)
  • 1 batang kecil lobak merah (parut)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

Untuk talam:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur

Bahan tabur:

  • Daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris)
  • Bawang goreng secukupnya
  • 2 tangkai cili merah (hiris)

Cara-cara membuat Talam Berlauk :

Untuk inti:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
  2. Masukkan rempah kari dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.

Untuk talam:

  1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan tapis.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Sapu rata loyang dengan minyak masak.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama ½ jam.
  5. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk.
  6. Tabur inti, daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

88. TALAM JAGUNG

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 1 cawan jagung manis berkrim
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 2 cawan santan
  • ½ cawan gula

Untuk lapis atas:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Jagung :

  1. Gaulkan semua bahan untuk lapisan bawah dan kacau sebati.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu rata dengan minyak.
  3. Kukus selama ½ jam.
  4. Kemudian, campurkan semua bahan untuk lapisan atas dan tapis. Masukkan ke dalam periuk.
  5. Kacau sebentar di atas api kecil.
  6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakar-cakarkan sedikit dan tuangkan adunan lapisan atas secara perlahan-lahan.
  7. Kukus selama 20 minit.
  8. Sejukkan dan potong.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

89. TALAM KACANG HIJAU

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 1 cawan kacanh hijau (rebus dan mesin separa halus)
  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung ubi/kanji/jagung
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau

Untuk lapis atas:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 4 ½ cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Kacang Hijau :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada loyang.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapis.
  3. Masukkan kacang hijau dan kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  5. Kukus sehingga masak dalam ½ jam.

Untuk lapisan atas:

  1. Gaul kesemua bahan dan tapis. Masak sebentar di atas api kecil. Kacau sentiasa supaya adunan ini tidak berketul-ketul.
  2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakar-cakarkan sedikit. Kemudian tuangkan adunan santan di atas permukaan kacang hijau tadi.
  3. Kukus semula selama 25 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

90. TALAM KACANG MERAH

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 425 gram kacang merah
  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung ubi/kanji/jagung
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • ½ teh pewarna merah

Untuk lapis atas:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Kacang Merah :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Masukkan kesemua bahan tadi kecuali kacang merah dan kacau rata. Kemudian tapis.
  3. Masukkan kacang merah yang telah di mesin dan kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak dalam setengah jam.

Untuk lapisan atas:

  1. Gaulkan semua bahan dan tapis. Masak adunan dia atas api kecil.
  2. Bila adunan bawah telah masak, cakar-cakarkan sedikit. Kemudian tuang santan ke atas permukaan kacang merah tadi.
  3. Kukus semula selama 25 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

91. TALAM KELADI

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 300 gram keladi (rebus dan potong dadu)
  • Santan cair dari ½ biji kelapa
  • 150 gram tepung beras
  • ½ sudu teh garam
  • 225 gram gula

Untuk lapis atas:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 5 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan pes keladi
  • 1 sudu teh pewarna ungu
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Keladi :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil.
  3. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Untuk lapisan atas:

  1. Campurkan kesemua adunan. Tapis dan kacau sebentar di atas api kecil.
  2. Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas tadi.
  3. Kukus semula selama 25 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

92. TALAM KELEDEK

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 300 gram keledek merah (rebus dan lecek)
  • Santan cair dari ½ biji kelapa
  • 150 gram tepung beras
  • ½ sudu teh garam
  • 225 gram gula

Untuk lapis atas:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Keledek :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Kisar keledek bersama santan.
  3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil.
  4. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Untuk lapisan atas:

  1. Campurkan kesemua adunan. Tapis dan kacau sebentar di atas api kecil.
  2. Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas tadi.
  3. Kukus semula selama 25 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

93. TALAM NANGKA

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 200 gram nangka (potong kecil)
  • 200 gram tepung beras
  • 250 gram gula
  • 800 gram santan
  • ½ sudu teh pewarna kuning

Untuk lapis atas:

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • 4 ½ cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Nangka :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil.
  3. Masukkan adunan dalam loyang, kemudian kukus selama 20 minit.

Untuk lapisan atas:

  1. Campurkan kesemua adunan. Tapis dan kacau sebentar di atas api kecil.
  2. Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas tadi.
  3. Kukus semula selama 25 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

94. TALAM PISANG

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 10 biji pisang masak (lecek)
  • 2 gelas tepung gandum
  • 1 cawan gula merah
  • 2 senduk gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 ½ cawan santan
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Pisang :

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Kisar pisang, gula merah, gula, telur dan kelapa parut hingga lumat.
  3. Seterusnya, masukkan tepung (asingkan dasatu sudu besar) ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
  4. Satukan santan dengan satu sudu besar tepung gandum dan garam.
  5. Akhir sekali, tuang ke atas adunan pisang tadi dan kukuskan semula hingga masak.

95. TALAM SUJI

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 1 cawan tepung saji
  • 3 cawan santan cair
  • ½ cawan gula pasir (atau secukup rasa)
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh pewarna kuning telur

Untuk lapis atas:

  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan gula merah atau gula melaka
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Suji :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil.
  3. Masukkan adunan dalam loyang kukus selama 10 minit.

Untuk lapisan atas:

  1. Campurkan kesemua adunan, tapis dan kacau sebentar di atas api kecil.
  2. Kemudian, cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi.
  3. Kukus semula selama 25 minit.
  4. Sejukkan dan potong.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

96. TALAM UBI

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 1 kilo ubi kayu (kisar lumat dan tapis, buang air tapisan)
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula merah, 1 cawan gula pasir, 2 helai daun pandan (Campurkan, masak hingga mendidih, kemudian tapis)

Untuk lapis atas:

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 ½ cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara membuat Talam Ubi :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.
  2. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan bersama air gula.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak, anggaran selama setengah jam.

Untuk lapisan atas:

  1. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
  2. Masukkan dalam periuk kecil dan masak sebentar atas api yang sederhana besar.
  3. Kacau selalu supaya tidak berketul-ketul dan tutup api.
  4. Kemudian, cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi.
  5. Kukus semula selama 25 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

97. TART TELUR

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk kulit:

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 ½ cawan marjerin
  • 1 sudu besar lemak sayur
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur

Untuk kastad:

  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • ½ teh vanilla
  • ½ sudu teh pewarna kuning

Cara-cara membuat Tart Telur :

Untuk kulit:

  1. Sapu rata minyak pada acuan bermangkuk kecil. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c.
  2. Gaul semua bahan kecuali telur menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan telur dan gaul rata.
  4. Canai setebal ½ cm dan terap bulat. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan.
  5. Cucukkan kulit dengan garfu untuk hilangkan gelembung angin.
  6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180°c.

Untuk kastad:

  1. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Tuang ke atas kulit tat yang telah dibakar separuh masak.
  3. Bakar semula untuk 5 minit.
  4. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

98. TEPUNG BUNGKUS

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk inti:

  • ½ biji kelapa muda parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sudu makan air
  • 1 helai daun pandan

Untuk kuih:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • ½ sudu teh garam
  • 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dengan 1 sudu makan air untuk membentuk doh)
  • Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya

Cara-cara membuat Tepung Beras :

Untuk inti:

  1. Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil dan biarkan hingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
  3. Tutup api dan sejukkan.

Untuk kuih:

  1. Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat sampai habis.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Ambil 2 sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Kemudian, letakkan 2 bebola tadi dan tutup dengan 2 sudu lagi tepung.
  5. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun seperti bungkus tapai, kemudian semat dengan lidi. Kukus selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

99. TEPUNG PELITA

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

Untuk lapis bawah:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh kapur sirih
  • 4-5 cawan jus dari 7 helai daun pandan
  • Gula pasir secukupnya
  • Daun pisang secukupnya (dibalut bakul)

Untuk lapis atas:

  • Santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 1 senduk tepung beras
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara membuat Tepung Pelita :

Untuk lapisan bawah:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
  3. Masukkan 1 sudu atau lebih (sesuai dengan selera) gula setiap bakul daun pisang.
  4. Kemudian tuang adunan tadi hingga ¾.
  5. Kukus sehingga masak dalam anggaran 20 minit.

Untuk lapisan atas:

  1. Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
  2. Kemudian, tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
  3. Kukus semula hingga masak (cucuk dengan lidi, ia masak jika tidak melekat).
  4. Sedia untuk dihidangkan.

100. WAJIK

Berikut merupakan bahan yang diperlukan :

  • 7 pot beras pulut (perlu rendam selama 5 jam, dan kukus)
  • 1 kg gula
  • ½ kg gula merah
  • 1 cawan air
  • 4 santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (simpul)

Cara-cara membuat Wajik :

  1. Masukkan gula, gula merah, daun pandan dan air di dalam periuk. Masak sehingga gula larut. Kemudian tapis.
  2. Masukkan santan dan sambung masak hingga pekat.
  3. Masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau rata. Gaul sehingga sebati dan berkilat.
  4. Masukkan dalam loyang dan sejukkan.
  5. Potong dan sedia untuk dihidangkan.




Kredit : dailymakan.com

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Resepi Lepat Pisang Favourite Malaysia  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
 

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments