Tip Buat Bubur Jagung Yang Sedap, Lemak Manis & Pekat. Masuk Sekali Bahan Kisar Ini!

Waktu petang dapat makan bubur jagung yang sedap dengan rasa lemak manis dan pekat memang nikmat. Kalau sejukkan dalam peti ais, lagilah syok hirup.

Tip Buat Bubur Jagung Yang Sedap, Lemak Manis & Pekat. Masuk Sekali Bahan Kisar Ini!



Untuk hasilkan bubur jagung yang begini ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Nasi Bubur Ayam



  • Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
  • Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
  • Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam

Cara lengkap untuk buat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara di bawah.


Bahan-bahan
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan

Bahan kisar halus :
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air




Cara membuat :

1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.


2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.

3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.

4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.

5. Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.


6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!

Tip ekstra: Boleh juga beras pulut pekatkan bubur jagung

Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.


Selamat mencuba

Sumber: Tiesha Abdul Rahman




Kredit :Vanilla Kismis.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments