Buat Lempeng Sayur, Lagi Sedap Cicah Sambal. Letak Sayur Ini Saja

Makan lempeng cicah sambal bilis atau sardin waktu pagi memang sedap. Kalau biasa hanya buat lempeng kosong, boleh ubah sedikit cita rasa dengan buat lempeng sayur.

Buat Lempeng Sayur, Lagi Sedap Cicah Sambal. Letak Sayur Ini Saja



Lempeng sayur ini ‘ada rasa’ berbanding yang kosong malah sayur yang dimasukkan boleh dipelbagai mengikut citarasa. Nak makan begitu saja pun boleh.  Cara membuat lempeng sayur ini dikongsi oleh Dapur Dak Maz.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Serius Sedap! Ini Cara Buat Crab Rangoon. Dah Siap, Sekelip Mata Habis Dimakan



Cara buat lempeng sayur


Bahan-bahan

1 paket 850g tepung gandum
1 ikat daun bawang & daun sup
1 Labu bawang merah
1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam
Air masak secukupnya (ikut kesesuaian adunan)
Pewarna Kuning
Garam & Serbuk Perasa
Minyak masak



Cara membuat

1. Hiris nipis bawang merah dan potongkan daun bawang serta daun sup satukan bahan tersebut.

2. Gaulkan semua bahan, pecahkan telor.

3. Masukkan air sikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang betul. Bancuhan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.

4. Letakkan peras, biarkan adunan selama 1/2 jam.

5. Kemudian barulah boleh di canaikan di atas kuali leper. Sebelum canaikkan oleskan dengan minyak masak sedikit.

6. Guna api yang perlahan.Terbalikkan jika lempeng di bawah sudah nampak keperangan sedikit. Siap di hiding dengan sambal ikan bilis.


Selamat mencuba.

Sumber: Dapur Dak Maz




Kredit :Rasa



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments