Serius Sedap! Ini Cara Buat Crab Rangoon. Dah Siap, Sekelip Mata Habis Dimakan

Crab Rangoon ni antara rsei yang pernah viral sebelum ni. Bahan dan cara nak membuatnya pun mudah dan ringkas. Sangat sesuai dimakan bersama-sama ahli keluarga hujung-hujung minggu ni. Tapi jangan terkejut, bila dah siap habis sekelip mata je.

Serius Sedap! Ini Cara Buat Crab Rangoon. Dah Siap, Sekelip Mata Habis Dimakan



Jadi disarankan buat la banyak-banyak sikit. Boleh bagi kat jiran sekali. Hah gitu. Ok, resepi crab ranggon ni ada pelbagai, cuma bahan utamanya dalam 5 bahan sahaja. ikutlah nak tambah apa-apa yang patut na. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Cucur Udang Rangup & Gebu. Menu Kudapan Minum Petang Paling Sedap



CARA BUAT CRAB RANGOON

Serius memang sedap, ramai yang dah terjebak katanya. Ada yang kata buat bercinta, makan sekelip mata. Apa pun ini crab rangoon ni kena cuba sebab memang sedappp. Resepi ada kat bawah ye..

 


BAHAN-BAHAN :

  • Kulit Wantan/Popia
  • Crab Stick
  • Cream Cheese
  • Bawang Putih
  • Daun Bawang
  • Perasa (garam, lada berperisa, garlic powder dll)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Potong dadu/halus crab stick, bawang putih dan daun bawang.

2. Sediakan satu bekas, masukkan bahan yang dipotong bersama cream cheese dan bahan perasa.

3. Gaul kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati dan sekata.

4. Kemudian sediakan kulit wantan (jika tiada boleh guna kulit popia). kepalkan inti bahan diatas kulit wantan dan bentukkan/balutkan.

 






5. Seterusnya panaskan minyak dan gorengkan dengan api perlahan sehingga kulit wantan menjadi keemasan. Angkat dan boleh dihidangkan.

SIAP!

Boleh makan bersama sos cili/sos thai ikut kesukaan masing-masing.

 


TAMBAHAN :

  • Kalau nak letak Cili pun boleh juga.
  • Masukkan pes tomyam sikit sedap ni.
  • Crab Stick boleh ganti dengan telur rebus Kalau korang VEGETARIAN
  • Boleh guna isi ayam dan ikan/tuna

Sumber/Foto : Mas Cotek




Kredit :Rencah Rasa.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments