Cucur Udang Rangup & Gebu. Menu Kudapan Minum Petang Paling Sedap

Sedapnya, makan panas-panas dicicah pula dengan sos cili yang masam, pedas dan manis. Cucur udang antara resepi popular rakyat Malaysia untuk dinikmati saat minum petang.

Cucur Udang Rangup & Gebu. Menu Kudapan Minum Petang Paling Sedap



Menu ini tidaklah susah untuk dibuat, hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resipi Apam Lenggang Pasar Malam Yang Paling Sedap & Senang





Ada yang suka memasukkan sayur yang banyak, ada pula yang suka menggunakan daun kucai sahaja, namun ada juga yang tak nak sayur langsung. Terpulang kepada selera masing-masing. Bagi penulis, cucur udang enak kalau ada sayur yang banyak.

Berkongsi resepi kepada umum, SuiSan Aliezsha menerangkan bagaimana cara dia menghasilkan cucur udang yang enak serta gebu. Memang cantik hasil air tangannya. Jom kita teliti cara untuk membuat makanan ini ;-


Bahan-Bahan:

  • 1 kgTepung Gandum
  • Sepaket Mauripan
  • Udang (Saiz udang terpulang kepada kesukaan masing-masing)
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • Garam (secukup rasa)



Cara-Cara Membuat:

1. Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

2. Selepas mendapat adunan yang dikehendaki, masukkan daun kucai dan kacau sebati.

3. Biarkan adunan seketika sehingga hingga ia mengembang.


4. Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak, rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.

5. Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.

6. Selepas cucur nampak garing sekata, angkat. Siap untuk dihidang

Kredit: SuiSan Aliezsha Via Remaja




Kredit :Rencah Rasa.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments