Resipi Apam Lenggang Pasar Malam Yang Paling Sedap & Senang

Kalau ke pasar malam, suka beli Apam Lenggang? Ni min nak kongsi resipi mudah perkongsian saudari Zainab Ibrahim yang anda boleh cuba buat secara homemade. Senang je rupanya.

Resipi Apam Lenggang Pasar Malam Yang Paling Sedap & Senang



Bahan-bahan mudah kita perolehi dan sukatannya menggunakan cawan serta sudu. Senanglah nak sukat kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!

ARTIKAL MENARIK LAIN:Cara Buat Kulit Karipap Rangup



RESIPI APAM LENGGANG PASAR MALAM HOMEMADE. MUDAH & SEDAP


BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 cawan tepung beras 
  • 1 biji telur gred A @ 2 biji telur gred C
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu yis kering 
  • Secubit garam



CARA MEMASAK:

1.Satukan air dan nasi sejuk. Kisar sampai halus.

2. Kemudian masukkan gula, tepung gandum, tepung beras, telur, santan pekat, minyak masak, yis kering dan garam.

3. Kisar semua bahan dan biarkan selama 1 jam.

4. Bila adunan telah naik, bolehlah mula melenggang dalam kuali.


5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Zainab Ibrahim




Kredit :Rasa



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments