Kuih Lepat Ubi Kayu adalah antara kuih tradisional yang sangat digemari ramai. Tidak kira tua atau muda, semua sukakan rasanya. Kuih Lepat Ubi Kayu ni tidak susah pun cara pembuatannya. Nak cuba?
Saudari Ruzana Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK KUIH LEPAT UBI KAYU YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan ubi kayu yang diparut
- 1 cawan air
- Gula merah secukupnya
- 3 sudu makan gula pasir
- 1 cawan santan
- Daun pisang secukupnya
- 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Ubi kayu diparut dan diperah. Ketepikan.
2. Masak gula merah, gula pasir dan air dalam 1 cawan bersama 2 helai daun pandan hingga larut. Tapis dan ketepikan.
3. Masukkan air gula merah dan santan ke dalam bekas berisi adunan ubi tadi. Kacau hingga sebati.
loading...

4. Sudukan adunan ke atas daun pisang dan bungkus dengan kemas. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ruzana Ramli
Kredit : RASA:
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

0 Comments