Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan

Sedapnya Kuih Bingka Pandan ni. Garing diatas, lembut didalam. Wangi bau bijan dan santan buatkan kuih tradisional ni jadi kegemaran ramai. 

Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan

 


Bagi anda yang nak cuba buat kuih ini untuk keluarga, saudari Fatimah Saari ada kongsikan resipinya. Mudah dan tak guna banyak bahan pun. Jom cuba!



CARA MASAK KUIH BINGKA PANDAN SEDAP


BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 3 cawan santan – 2 santan kotak dan 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau/pandan paste
  • Sedikit bijan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Kisar hingga sebati.

2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam ketuhar. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

3. Taburkan bijan jika suka. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.


4. Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. (empunya resipi bakar selama 1 jam 20 minit untuk mendapatkan permukaan yang garing)



loading...



5. Sejukkan betul betul dulu sebelum dipotong untuk menghasilkan potongan yang cantik.
Siap!

Kredit resipi & foto: Fatimah Saari




Kredit : Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Apam Kampung Gebu Bersarang. Begini Cara Buatnya  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments