Apam Kampung Gebu Bersarang. Begini Cara Buatnya

Apam Kampung memang punya ramai peminat. Lebih-lebih lagi kalau resipi yang dikongsi sangat mudah dan hasilnya begitu gebu. Teruja! 

Apam Kampung Gebu Bersarang. Begini Cara Buatnya

 


Bagi anda yang tercari-cari resipi Apam Kampung yang sedap, gebu dan elok bersarang, resipi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.



RESIPI APAM KAMPUNG GEBU BERSARANG


BAHAN A:

  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 keping nise / gula Melaka 
  • 1 sudu teh garam 
  • 2 helai daun pandan – disimpul 
  • 2 cawan air

BAHAN B:

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 paket yis mauripan 

BAHAN C:

  • Kelapa putih parut
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan A. Masak sehingga gula hancur. Kemudian sejukkan.

2. Gaulkan sebati kedua bahan B. Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi. Kacau hingga sebati kemudian perap selama 1 jam.

3. Panaskan pengukus. 

4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.

5. Sebelum masukkan ke dalam loyang, kacau adunan apam terlebih dahulu untuk membuang angin.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 1/2 jam.

 

loading...



7. Setelah apam masak, kukus sekejap kelapa putih parut bagi mengelakkan ia cepat masam.

8. Gaul dengan sedikit garam dan hidangkan bersama apam.


Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat




Kredit : Rasa

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Resepi Kuih Koci Sedap  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments