Resepi Puding Sagu Gula Melaka Tak Guna Banyak Bahan.

Anda suka makan Puding Sagu Gula Melaka? Bagi yang tercari-cari resepi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Masa memasaknya pun tidak lama. Pasti puas hati. Cubalah.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka Tak Guna Banyak Bahan.



CARA MASAK PUDING SAGU GULA MELAKA


ARTIKAL MENARIK LAIN:Petua Buat Aiskrim Asam Boi Lebih Sedap & Berais Halus





BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Sedikit pewarna yang disukai
  • Air secukupnya
  • Susu cair @ santan yang dimasak dengan sedikit garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA:

  • 2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan sirap gula melaka. Masak hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.

2. Untuk memasak sagu, masukkan air ke dalam periuk dengan secukupnya. Biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan pewarna dan juga sagu. Kacau dan masak hingga sagu menjadi jernih.

4. Angkat, tuang sagu ke dalam penapis dan alirkan air bagi membuang kanji. Toskan.

5. Masukkan sagu ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Sejukkan.


6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan. Tuang susu cair atau santan dengan secukupnya.






7. Tuang sirap gula melaka. Sedia untuk dinikmati.


Sumber: Mas Cotek Via Rasa




Kredit :Rencah Rasa.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments