Siapa suka makan kerang? Tapi bila fikir bab nak cuci kerang ni, tak jadi nak buat dan akhirnya beli saja. Rupanya ada cara mudah bersihkan kerang yang ramai tak tahu.
Biasanya ramai yang cuci menggunakan berus gigi kan? Tapi lenguh dia boleh tahan juga kalau nak cuci satu-satu. Kalau ikut cara mudah ini dijamin lagi bersih dari menggunakan berus gigi tersebut.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Petua Buat Aiskrim Asam Boi Lebih Sedap & Berais Halus
Hanya menggunakan 2 bahan iaitu air sejuk dan garam kasar, kerang akan jadi lebih bersih! Nak tahu bagaimana caranya? Jom baca perkongsian oleh Puan Norhilyani Harun di bawah.
Cara Mudah Bersihkan Kerang Guna Air Sejuk & Garam
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang.
Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja.
Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang? Boleh kongsikan di ruangan komen.
Kredit: Norhilyani Harun Via MyResepivia
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments