Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Selain bulan untuk menggandakan ibadah, bulan ini juga merupakan pintu rezeki untuk para peniaga menambah pendapatan.
Salah satu hidangan yang digemari ramai tentunya aneka manisan dan juga kuih muih. Kalau di bazar, memang banyak dijual. Naik rambang mata dibuatnya. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah Puding Lapis Surabaya perkongsian saudari Mokcik Nel ini. Nampak sangat sedap. Malah pembuatannya juga kemas. Jom lihat cara-caranya. Kalau buat untuk minum petang pun sesuai juga.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
CARA MEMASAK PUDING LAPIS SURABAYA
BAHAN LAPISAN A:
1 paket serbuk agar-agar swallow warna coklat
800ml air putih
100gm gula pasir
BAHAN LAPISAN B:
1 paket serbuk agar-agar swallow clear / jernih
800ml susu full cream + whipping cream
2 biji kuning telur
100gm gula pasir
1 sudu teh vanilla paste / esen vanilla
BAHAN LAPISAN C:
1 paket serbuk agar-agar swallow coklat /clear
750ml susu UHT coklat
100gm coklat coin Beryls – boleh juga guna coklat masakan biasa
1 sudu teh emulco coklat
100gm gula pasir
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Masak semua bahan lapisan A hingga mendidih, tuang 200ml adunan ke dalam loyang.Biar keras sebentar.
2. Masak semua bahan lapisan B KECUALI kuning telur sehingga mendidih, matikan api.
3. Ambil sedikit adunan agar-agar yang dimasak tadi, campur dengan kuning telur dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan campuran kuning telur ke dalam adunan agar-agar dan didihkan kembali.
5. Tuang 400ml lapisan B ke atas lapisan A. Biar keras sebentar.
6. Bila sudah keras, tuang 200ml adunan lapisan A ke atas lapisan B. Biar keras sebentar.
7. Masak semua bahan lapisan C hingga mendidih, KECUALI kuning telur.
8. Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan kuning telur. Kacau rata.
9. Kemudian masukkan campuran kuning telur tadi ke dalam adunan agar-agar dan didihkan kembali.
10. Tuang semua adunan lapisan C ke atas lapisan A tadi. Biar keras sebentar.
11. Kemudian tuang lagi 200ml adunan lapisan A ke atas lapisan C. Biarkan mengeras.
12. Kemudian tuang lagi 400ml lapisan B ke atas lapisan A tadi. Biar keras sebentar.
13. Setelah mengeras, tuang lagi 200ml adunan lapisan A yang terakhir ke atas lapisan B.
14. Biar agar-agar sejuk & keras semuanya sebelum 5-6 jam sebelum dinikmati.
Nota: Rujuk rujuk gambar di bawah ini untuk tengok lapisan A,B & C yang dimaksudkan.
PETUA:
- Jika adunan agar-agar mengeras sebelum habis dituang setiap lapisan, boleh panaskan semula. Agar-agar akan mencair semula.
- Lapisan B (susu + whipping cream) semasa dimasak, mesti sentiasa kacau supaya susu dan krim bersatu elok tidak terpisah macam air.
- Masak lapisan B, jangan kacau kuat-kuat. Nanti berbuih teruk. Tak cantik masa melapis.
- Tuang agar-agar semasa panas supaya agar-agar melekat elok pada permukaan lapisan yang sebelumnya.
- Sejukkan agar-agar sekurang-kurangnya 5-6 jam sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Mokcik Nel
Kredit :RASA
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments