Resepi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan

Sedapnya Jeli Kelapa Muda ni. Manis, lembut dan sejuk membuatkan manisan ini sangat enak dimakan dikala cuaca panas. Cara membuatnya pun tidak renyah dan bahan-bahannya pun mudah didapati.

Resepi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan



Nak cuba? Saudari Zuria Zubir ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedap Dimakan Dingin.



RESIPI JELI KELAPA MUDA SEDAP




BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
  • 1 jug besar air kelapa 
  • 8 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 1 paket serbuk jeli kelapa
  • 3 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.





2. Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.


3. Masukkan serbuk jeli kelapa. Kacau sebati.


4. Masukkan juga daun pandan.


5. Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.


6. Tuang campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.


7. Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zuria Zubir via Rencah Rasa




Kredit :


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments