Resepi Karipap Telur Gergasi ‘Terlajak’ Sedap. Mudah Sangat Nak Buat, Guna Roti Paratha Sahaja!

Karipap merupakan antara kuih yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Sudah berabad lamanya, namun kuih yang berintikan ikan atau ubi kentang ini masih lagi disukai ramai pada zaman moden ini.

Resepi Karipap Telur Gergasi ‘Terlajak’ Sedap. Mudah Sangat Nak Buat, Guna Roti Paratha Sahaja!



Walaupun begitu, pasti anda sudah bosan kan asyik makan karipap biasa sahaja.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Tepung Bungkus



Jadi apa kata kali ini kita cuba buat karipap yang besar pula. Anda boleh ikuti perkongsian resepi Karipap Telur Gergasi dari Zainor Shima Ihsan di bawah ini. Caranya sangat mudah, guna kulit roti prata sahaja.

Cara Buat Karipap Telur Gergasi Yang Mudah & Sangat Sedap!

Bahan-bahan:

  • Roti prata segera brand Kawan
  • Telur ayam
  • Bawang besar/bawang merah\
  • Cili merah/cili hijau
  • Garam
  • Daun sup/daun bawang
  • Serbuk kari/serbuk paprika
  • Coleslaw (kobis, lobak, mayonis + sos keju/serbuk lada putih/garam bukit. Satukan hingga sebati)
  • Cream cheese/mozarella/cheddar (lagi best so delicious)

* Anda boleh isi inti apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing. Macam inti sardin/kentang/ayam/telur rebus/ayam black pepper dan lain-lain.




Cara Penyediaan:

  1. Ambil sekeping roti prata. Letak dalam pinggan melengkung untuk mengelak telur tumpah.
  2. Pecahkan sebiji telur dalam roti prata. Masukkan bawang, daun sup, serbuk kari dan paprika. Masukkan juga garam, cilii dan coleslow tadi.
  3. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ya. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit.
  4. Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku dalam 5 minit untuk kasi separuh keras supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti prata.
  5. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180 darjah selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelah nya pula. Bakat suhu yang sama selama 10 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan. Sangat rangup berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang.

Mudah sahaja kan nak buat Karipap Telur Gergasi ini? Mudah sangat, tak payah nak adun tepung ke apa. Guna sahaja roti prata kemudian bakar. Bukan sahaja mudah, malah rasanya juga sangat sedap dan begitu menyelerakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Zainor Shima Ihsan




Kredit :dailymakan


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments