Kesan asap rokok terhadap kesihatan diri dan juga orang sekeliling memang sudah sedia dimaklumi, malah banyak kempen kesedaran telah dilakukan untuk tujuan ini.
Pada masa yang sama dalam kalangan perokok sendiri ramai yang berhasrat untuk menghentikan tabiat ini, dan sememangnya ia pilihan terbaik untuk kesihatan.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Ini Petua Untuk Merawat Masalah Gastrik & Pedih Ulu Hati. Cuma Perlu 2 Bahan Sahaja Dah Berkesan.
Namun satu hakikat yang perlu diterima adalah untuk berhenti merokok bukanlah satu usaha yang mudah. Meski ada yang berjaya meninggalkannya tapi ramai yang masih gagal dan terus merokok.
Justeru adalah penting untuk mencari cara bagi mengurangkan risiko kesihatan golongan ini memandangkan jumlahnya di Malaysia bukanlah sedikit. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2019, jumlah perokok di negara ini mencecah 4.8 juta orang.
Salah satu alternatif yang ditawarkan untuk tujuan ini adalah alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives)yang terlebih dahulu telah melalui pelbagai kajian dan penyelidikan sebelum diperkenalkan.
Akan tetapi ramai kalangan perokok tidak dapat informasi yang jelas tentang alternatif ini. 62 peratus daripada perokok di Malaysia percaya bahawa kesan produk bebas asap rokok ini adalah sama saja dengan penggunaan rokok biasa.
Bagi membetulkan persepsi ini, berikut adalah fakta-fakta yang boleh memberi kefahaman kepada golongan ini tentang alternatif bebas asap rokok dan bagaimana ia membantu mengurangkan risiko.
Bagaimana alternatif bebas asap rokok mengurangkan risiko perokok
Fakta yang semua tahu adalah rokok dihasilkan melalui tembakau. Tumbuhan ini memang mengandungi nikotin tapi ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan rokok. Kesan buruk itu datang dari toksin dan karsinogen yang terhasil apabila tembakau dibakar.
Tembakau dipanaskan, bukan dibakar
Kesan buruk bahan kimia ini bagaimanapun dapat dikurangkan dengan cara mengelakkan pembakaran tembakau iaitu dengan penggunaan berasaskan sistem pemanasan tembakau (Tobacco Heating System atau THS).
Melalui produk berasaskan THS seperti IQOS, tembakau tidak dibakar tapi hanya dipanaskan pada suhu tidak melebihi 350 darjah selsius yang secara saintifik terbukti belum cukup panas untuk menghasilkan asap.
Berbanding dengan amalan membakar rokok biasa, suhunya boleh mencecah suhu 9800 darjah selsius sekali gus menghasilkan asap dan juga abu.
Tiada asap cuma wap
Produk berasaskan THS pula berbeza, ia hanya menghasilkan wap yang kandungannya adalah air, gliscerin dan nikotin di mana ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan rokok.
Tanpa pembakaran tembakau dan pengeluaran asap, produk berasaskan THS ini tidak menghasilkan abu, bermakna tiada lagi abu rokok berterbangan.
Kurangkan risiko perokok pasif
Ciri-ciri produk ini bukan saja mengurangkan kesan kemudaratan tembakau kepada perokok tetapi juga buat golongan bukan perokok atau perokok pasif. Ia sekali gus mengurangkan rungutan orang sekeliling terutamanya kaum wanita yang sememangnya risau dan rimas dengan asap rokok.
Pilihan yang lebih baik untuk perokok untuk kurangkan kemudaratan
Di Malaysia produk asap ini semakin diterima. Lebih kurang 115,000 atau 2% perokok dewasa sudahpun beralih ke produk THS. Walaupun alternatif ini tidak bebas sepenuhnya daripada risiko, tetapi produk seperti IQOS ataupun lil Solid terbukti mengurangkan 95 peratus kesan buruk bahan kimia dari asap rokok.
Kredit : Vanilla Kismis.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments