Masalah gastrik dan pedih ulu hati berpunca dari keradangan terhadap lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik akut) atau muncul dari masa ke masa (gastrik kronik). Jika tidak mendapatkan rawatan untuk gastrik kronik, ia boleh menyebabkan ulser perut.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Rupanya Simpan Lauk Mentah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost. Rasa Manis Lauk Pun Tak Hilang
(Sumber: Root of Science)
Seseorang individu boleh menghadapai masalah ini kerana kecederaan terhadap lapisan dinding perut. Lapisan ini akan mengeluarkan cecair mukus berfungsi untuk melindungi dinding perut daripada asid perut. Ianya selalu berpunca daripada ubat tahan sakit, pengambilan alkohol dan rokok, tekanan dan banyak lagi.
Untuk merawat masalah gastrik dan pedih ulu hati, anda boleh cuba petua mudah yang dikongsikan oleh Hairuzanariah Hamim di Facebook. Dengan menggunakan dua bahan sahaja, ianya memang mudah untuk diamalkan.
Petua Untuk Merawat Gastrik Dan Pedih Ulu Hati
Bahan-Bahan
- 1 gelas susu
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon
Cara Penyediaan
- Panaskan susu. Kacau selalu untuk elakkan susu melimpah.
- Apabila susu sudah mendidih, tambahkan serbuk kayu manis Ceylon dan tutup api.
- Kacau campuran sehingga rata dan tuangkan dalam gelas. Siap untuk dinikmati.
Petua ini sangat bagus untuk diamalkan. Malah, ada yang pernah mencuba petua ini dan mengatakan masalah gastrik mereka telah hilang setelah mengamalkannya. Bukan sahaja itu, petua ini juga dapat menghilangkan masalah selesema.
Umum sudah tahu bahawa susu sangat berkesan dan sering diamalkan untuk meredakan masalah ini. Kaya dengan protein dan kalsium, ia sangat baik untuk diambil sebagai pemakanan harian kita.
Selain itu, kayu manis ceylon yang tinggi dengan mineral, serat, besi dan kalsium juga sangat sesuai untuk ditambah pada susu.
Petua ini ringkas sahaja, kan? Bagi anda yang selalu mempunyai masalah gastrik dan pedih ulu hati, boleh lah cuba. Tak salah pun jika kita ikhtihar cara semula jadi dahulu.
Semoga petua ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.
Kredit: Hairuzanariah Hamim via Media Johor via Daily Makan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments