Cara Mudah & Betul Tanam Pokok Limau Purut, Ikut Cara Ini Pasti Tumbuh Dan Subur!

Limau purut merupakan buah yang banyak kegunaannya. Selain daunnya dijadikan sebagai ramuan dalam masakan tertentu seperti tomyam dan kari.

Cara Mudah & Betul Tanam Pokok Limau Purut, Ikut Cara Ini Pasti Tumbuh Dan Subur!



Buahnya juga boleh dijadikan bahan mandian untuk segarkan badan. Namun bagi mendapatkan daun atau pokok limau purut ini di kedai agar sukar kan?

ARTIKAL MENARIK LAIN:Tip Buat Telur Dadar Yang Crispy Di Luar, Gebu Di Dalam. Kena Letak Cuka & Air Baru Jadi


Jadi apa kata tanam sendiri je dekat rumah. Mungkin anda boleh ikut cara tanam pokok limau purut yang betul & mudah dikongsikan oleh Siti Rokiah ini.

 Petua Betul Dan Mudah Tanam Pokok Limau Purut

Keperluan Cuaca

Limau purut memerlukan kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang tinggi iaitu antara 6-8 jam sehari dan tumbuhan limau purut tidak suka pada teduhan. 

Penyediaan Tanah

Limau purut memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan yang baik dan mempunyai kandungan organik yang sederhana. 

Semaian Benih

Benih limau purut boleh diambil dari buah yang sihat tidak berpenyakit. Benih limau purut tergolong benih rekalsitran, iaitu tidak boleh disimpan lama lepas dikeluarkan dari buah. Bagaimana menentukan biji mana yang sesuai ditanam adalah dengan merendam benih di dalam air. Jika ada benih yang timbul, maka benih tersebut tidak boleh ditanam. Ini kerana ia menunjukkan bahawa perkembangan biji benih tersebut belum lengkap.

Benih disemai di dalam bekas semaian yang berwarna hitam, diisi dengan tanah kompos dengan campuran tanah. Pastikan bekas semaian mempunyai 3-4 barisan dengan jarak antara 45-55 cm setiap barisan.

Cara tanam pokok limau purut yang mudah

Selepas 2 minggu semaian, semua anak benih yang mempunyai ketinggian antara 5-10 cm akan di tanam. Anak benih tersebut akan ditanam ke polybag selama lebih kurang 1-2 bulan.

Jika tanaman di dalam polybag tidak cukup besar, pokok boleh dipindahkan ke tanah atau ke pasu yang lebih besar. Ini kerana akar tanaman yang masih kecil tidak cukup kuat untuk bersaing untuk mendapatkan nutrien.

Sistem Pengairan

Limau purut perlu di siram satu kali sehari untuk memastikan keperluan air adalah cukup. Penyiraman berlebihan boleh mengakibatkan penyakit reput akar. Penyiraman dapat dihentikan apabila tanaman telah dipindahkan dari pasu dan cukup besar.

Pengurusan Baja

Pengurusan baja penting untuk pertumbuhan, berbunga dan berbuah. Program pembajaan yang dijalankan perlu mempunyai nutrien yang mencukupi untuk mendapatkan pokok yang sihat diikuti dengan pembungaan dan buah yang banyak.

Baja perlu diberikan bila tanaman dipindah dari polybag dan semasa penanaman sekiranya apabila tanaman kekurangan nutrient. Ciri-ciri kekurangan nutrien dapat dilihat dari kekuningan daun.

Di samping itu, pembajaan perlu dilakukan pada kali pertama bunga muncul untuk memastikan tanaman tidak kekurangan nutrien untuk membentuk buah.



Baja NPK 18:18:18 ditabur sebanyak 15 g per pokok di sekeliling pokok dengan jarak 10 cm dari pangkal pokok.

pokok limau purut subur

Pengurusan Penyakit dan Perosak

Penyakit yang seringkali ditemui pada limau adalah penyakit virus seperti Citrus. Pemilihan biji yang sihat dari buah yang sihat adalah cara untuk mencegah virus. Perosak yang biasa dijumpai adalah ulat pemakan daun dan belalang. Oleh itu, tanaman perlu diperhatikan setiap hari dan menbuang perosak yang ada.

Pemangkasan Pokok Limau Purut

Jika tanaman sudah rimbun, pemangkasan perlu dilakukan. Memangkas dahan sisi bagi merangsang tanaman limau purut untuk berbunga. Pemangkasan bertujuan untuk menghentikan pertumbuhan dahan-dahan tanaman dan mengedarkan nutrien pada bunga dan buah.

Tuaian

Buah limau purut yang sudah masak boleh dituai apabila berwarna hijau kekuningan.

Mudah sahaja kan nak tanam pokok limau purut ini? Ikut je cara dan step dekat atas ini, pasti subur tanaman anda. Yang penting jangan skip langkah-langkah yang diterangkan oleh Siti Rokiah ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Siti Rokiah Che Hat Via Belajar berkebun dirumah 




Kredit :via Daily Makan


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments