Tip Buat Telur Dadar Yang Crispy Di Luar, Gebu Di Dalam. Kena Letak Cuka & Air Baru Jadi

Selalu buat telur dadar kita terus pecah telur, letak garam dan tambah bawang atau cili sikit dan terus goreng. Ini pun dah sedap.

Tip Buat Telur Dadar Yang Crispy Di Luar, Gebu Di Dalam. Kena Letak Cuka & Air Baru Jadi



Tapi untuk telur dadar kita jadi lebih sedap, crispy dan gebu kat dalam boleh ikut pula cara yang dikongsi oleh Fika Chan ini.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Nampak Sama Tapi Rupanya Tali Ukur Berbeza Inci, Sebab Itu Selalu Salah Saiz Bila Beli Baju Online



Rupanya untuk hasilkan telur dadar yang sebegini kena tambah lagi dua bahan iaitu cuka dan air.

Cara buat telur dadar yang crispy di luar, gebu di dalam


Caranya

1. Pecahkan 2 biji telur
2. Masukkan bawang holland yang dicincang.
3. Masukkan garam, serbuk Cukup Rasa
4. Letak juga 1 sudu cuka dan 1 sudu air
5. Kemudian pukul sampai kembang dan berbuih
6. Panaskan minyak, guna minyak banyak
7. Bila minyak dah panas, tuang bancuhan telur tadi.
8. Balikkan bila bahagian bawah bertukar warna.
9. Bila sebelah lagi bahagian masak, angkat dan tos minyak.
10. Sedia dinikmati, rangup di luar dan gebu di bahagian dalamnya.



Boleh tonton video Fika ini untuk lebih jelas.

 

@fikachan97 Cikka dah cuba macam2 cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam 😋 #resepi #telurdadar #tips #trick ♬ Talking to the Moon – Bruno Mars

Selamat mencuba.

Sumber: Fika Chan via Vanilla Kismis




Kredit :


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments