Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Menu simple tapi sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Boleh la buat untuk menu makan tengah hari nanti. Jom kita mulakan.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa





ARTIKAL MENARIK LAIN:Cara Masak Rendang Ikan Bilis Paling Sedap



Bahan-Bahan:

  • Ikan cencaru – dibelah belakang
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit pes asam jawa
  • Kelapa parut secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 3 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 inci kunyit hidup



Cara Memasak:

1. Ikan cencaru dibelah belakang, cuci bersih dan dilumur garam kunyit. Ketepikan. Kisar semua bahan hingga hancur. Kemudian masukkan kelapa parut, pes asam jawa, garam dan gula dan kisar sekali je untuk sebatikan dia.

2. Ambil ikan yang dibelah belakang tadi, isikan sambal kelapa secukupnya. Panaskan minyak di dalam kuali atau pemanggang ajaib. Minyak tu biar tenggelamkan separuh bahagian ikan.




3. Gorengkan ikan di dalam kuali atau pemanggang ajaib. Kak Za lebih suka guna pemanggang ajaib sebab tak perlu nak balik balikkan sangat ikan jadi tak de la habis bersepah sambal kelapa tu kan.

4. Akhir sekali, bila ikan dah masak boleh la diangkat dan toskan. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar via Resepi Bonda


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments