Terbaik Rasa Talam Keladi Berlauk Ni, Tak Rugi Cuba.

Teringin buat Talam Keladi Berlauk, jangan kata tak boleh buat ye. Resipi yang dikongsikan ini boleh membantu dan anda hanya perlu yakin mencuba. Bahan mudah dan cara memasak juga senang. 

Terbaik Rasa Talam Keladi Berlauk Ni, Tak Rugi Cuba.

 


Gerenti anda akan berpuashati bila hasilnya menjadi dan sedap.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Cara Buat Donat Gula Rangup Di Luar Lembut Di Dalam.



TALAM KELADI BERLAUK

 
BAHAN-BAHAN

 
BAHAN A:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan | 1 biji kelapa
1sudu kecil garam

 
BAHAN B:
2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah | cincang
1 pokok daun bawang | hiris halus
1 pokok daun sup | hiris halus
2 sudu besar bawang goreng

 
BAHAN C (HIASAN):

3 tangkai cili merah | cincang
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah | disangai dan tumbuk
2 sudu besar udang kering | digoreng gareng dan dikiar halus
1 pokok daun sup dan daun bawang | hiris halus
Beberapat titisan minyak bijan





CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak masak pada loyang saiz 10X10 inci.
  2. Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan tapiskan ke dalam mangkuk.
  3. Seterusnya masukkan bahan B dalam mangkuk adaunan tadi dan gaul rata.
  4. Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga naik wap. Tutup api.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang diletakkan dalam kukusan.
  6. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
  7. Tutup api dan sejukkan beberapa jam, apabila ingin menghidangkan taburkan di atasnya dengan bahan C di atasnya dan potong.

8. Talam Keladi Berlauk sedia dihidangkan.

Kredit: Nora Habsah Shahid (Resipi Dapur Kak Chah)





Kredit :


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments