Cara Buat Donat Gula Rangup Di Luar Lembut Di Dalam.

Teringin makan donat ala kampung yang simple, rangup di luar dan lembut di dalam. Apa kata anda mendonat sendiri di rumah berpandukan resipi yang dikongsikan ini. 

Cara Buat Donat Gula Rangup Di Luar Lembut Di Dalam.

 


Ia sangat mudah dan gerenti anak-anak suka untuk hidangan minum petang sekeluarga. Apa yang penting anak-anak dapat rasa air tangan ibu sendiri.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Sedapnya Lompang Pandan, Boleh Buat Untuk Jual Ni.



DONAT GULA

 
BAHAN-BAHAN:
1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
3sudu besar susu pekat
2sudu besar marjerin
1biji telur
Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)





CARA MEMBUAT:

  1. Cairkan marjerin,bila dah sejuk tambah telur pukul sikit dan ketepikan dulu.
  2. Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam,kacau hingga larut,masukkan yis,kacau lagi,biarkan dalam 10 minit.
  3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur,kacau.
  4. Masuk kan semua bahan -bahan ke dalam tepung gandum,uli sampai jadi doh
  5. Rehatkan doh tu dalam 30 minit.
  6. Tumbuk-tumbuk bagi buang angin, selepas tu bolehlah bentuk bulat macam bola, susun kat talam jarang2 (tabur tepung sikit).
  7. Dah siapkan bentukkan bulat bulat,biarkan dalam 10-15minit macam tu,bagi kembang elok baru goreng.
  8. Goreng dalam api yang serdahana
  9. Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus or gula aising dan sedia dihidangkan.




Kredit : Nur Aien


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments