Bayangkan biskut yang digabungkan bersama brownies – bunyinya menarik, bukan?
Rasa yang enak dan tekstur yang kenyal pasti akan memikat hati anda. Resepi ini dikongsikan oleh Rin Norin di laman Facebook.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Biskut Bangkit Cheese
Bahan-bahan:
- 700 g coklat gelap
- 200 g Buttercup
- 7 biji telur gred B
- 400 g gula perang
- Esen vanila (saiz 1 penutup)
- 200 g tepung gandum
Cara-cara:
- Menggunakan kaedah double boil, cairkan Buttercup dan coklat. Setelah cair, biar coklat sejuk.
- Pukul rata telur, gula perang dan esen vanila.
- Setelah gula hancur, masukkan adunan coklat yang dicairkan tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
- Masukkn adunan dalam beg piping dan picit di atas loyang.
- Bakar di dalam ketuhar menggunakan suhu 150°C selama 15 minit.
Kredit : Rin Norin
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments