Satu lagi resepi biskut raya terbaru yang wajib anda cuba tahun ini ialah biskut bangkit keju.
Bayangkan keenakan kuih bangkit dan keju yang mencair di dalam mulut, memang padu! Resepi ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di laman Facebook.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Tat Nenas gebu Gebas Yang Sangar Sedap
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tepung menjadi ringan) (diayak)
- 3 cawan tepung jagung (diayak)
- 1 ketul Buttercup
- 250 g krim keju
- 1 cawan gula halus (bergantung kepada kemanisan)
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 ketul keju Cheddar (diparut)

Cara-cara:
- Putar Buttercup dan gula sehingga kembang.
- Masukkan krim keju, esen vanila dan kuning telur. Putar hingga adunan kembang dan sebati.
- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar seketika,
- Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
- Masukkan keju parut dan gaul sebati.
- Jika doh kekurangan, tambah tepung ubi.
- Biarkan doh selama beberapa minit, kemudian tekap acuan.
- Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 30 minit mengikut ketuhar masing-masing.
Kredit : SuiSan Aliezsha
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments