Entri kali ini kami kongsikan cara buat donut ball cheese leleh paling sedap dan mengancam!
Resipi ini telah dikongsikan oleh La‘ Dolce Resepi di laman Facebook. Jom ikuti resipi lengkapnya di bawah. Memang puas hati.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu tea baking powder
- 1 peket mauripan
- 500 ml air suam
- 2 sudu tea susu pekat
- 1 senduk majerin
- 1 sudu tea garam
- 24 keping cheese dibelah dua
CARA PENYEDIAAN:
- Air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih.
- Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan A diatas, uli dalam 10minit masukan margerin uli lagi 10 minit.
- Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.
- Selepas setengah jam tumbuk adunan untuk keluarkan angin, kepal-kepal doh agak-agak size setengah genggam kemudian masukkan cheese. Boleh la terus digoreng sehingga keperangan.
- Selepas itu tabur gula icing.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: La’ Dolce Resepi
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments