Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua sihat tak tu? Jaga kesihatan tau. Baiklah siapa di sini peminat red velvet? Entri kali ini saya nak kongsikan resepi kepada anda biskut red velvet. Haa, biskut ini sedap tau. Rangup pula tu.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina
Bahan :
120 gm margerin
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar red velvet emulco (Perisa Red Velvet)
60 gm coklat cip
white chocolate chips (untuk hiasan)
Cara :
1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak sebati, ketepikan.
2. Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
3. Di dalam mesin pemutar, satukan marjerin, minyak sapi dan gula
kastor. Putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
4. Kemudian tambahkan red velvet emulco, putar lagi hingga adunan rata.
5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, gaul
dengan senduk kayu atau spatula rata atau mixer dengan perlahan.
6. Tambahkan badam dan coklat cip. Gaul adunan rata.
7. Sudukan atau bulatkan adunan kecil-kecil di atas dulang pembakar. Hiaskan permukaan doh tadi dengan coklat cip.
8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C (ketuhar hendaklah di panaskan 15
minit awal sebelum memasukkan doh). Bakar selama 20 minit
9. Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Sedikit tips,
untuk mengelakkan biskut cepat lemau, masukkan sekeping roti ke dalam bekas kedap udara. Roti mempunyai sifat menyerap air dan lembapan. Lama kelamaan roti akan mengeras kerana telah menyerap kelembapan udara. Jadi biskut kekal rangup.
Kredit: Resepi iCookAsia KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments