Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Viral, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

“Raya dah nak dekat! Biskut raya apa nak buat cepat ni?”

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Viral, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Viral, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

Sedar tak sedar Ramadhan hampir melabuhkan tirai dan Syawal bakal menjelma. Walaupun suasana sambutan Aidilfitri kali ini agak berbeza dari yang lepas, aktiviti membuat kuih raya tidak ditinggalkan. Bagi anda yang merupakan penggemar kuih raya pasti tidak terlepas menjamah biskut cornflakes kan? Jadi, apa kata kali ini anda ubah sedikit resepi biskut cornflakes tersebut menjadi lebih crunchy bersama chocolate chips. Mesti laku keras!

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Biskut Red Velvet Rangup dan Sedap



Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.

Bahan-bahan

250g buttercup atau boleh guna planta

1 cawan gula aicing

1 sudu kecil esen vanila

3/4 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)

Chocolate chips

Chocolate rice (optional)

Almond cincang (optional)





Cara-cara

• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.




• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.





• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba!





Sumber: Nurul Syuhada Che Din


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
 
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments