Cara Buat Seri Muka Gula Merah

Cara Buat Seri Muka Gula Merah

Cara Buat Seri Muka Gula Merah

 






Bahan-Bahan: Saiz loyang 7×7

Lapisan Bawah –

  • 1 cwn pulut susu (rendam selama 1 jam).
  • 1 1/2 cwn santan sederhana pekat
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak

Lapisan Atas –

  • 200gm gula merah
  • 1/2 cwn air
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1/4 cwn tepung gandum + 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam


loading...

Cara Membuat:

Lapisan Bawah –

1. Tuangkan pulut yang telah ditos ke dalam loyang. Tuangkan santan dan garam. Tuangkan sedikit minyak di atas santan dan kacau-kacau sikit.

2. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 30 minit. Bila dah masak gembur-gemburkan dan padat-padatkan pulut.

Lapisan Atas –

3. Masak gula merah dengan air hingga larut kemudian tapiskan. Satukan semua bahan bersama gula merah yang telah ditapis tadi. Kacau hingga sebati.

4. Kemudian masak atas dapur hingga naik wap sahaja. Jangan masak lama sangat nanti adunan akan berketul dan lapisan atas akan jadi tak cantik.


5. Dah masak tapiskan bancuhan kemudian tuang perlahan-lahan ke atas pulut yang telah digemburkan dan dipadatkan.

6. Kukus selama 40 minit dengan penutup pengukus diikat dengan kain. Bila dah masak tunggu hingga kuih sejuk baru boleh potong.

Cara Buat Seri Muka Gula Merah

Resepi Oleh: Jana Kitchen



Kredit : resepibonda

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Kuih Lapis kuih tradisional mudah, menggunakan sukatan cawan  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments