Resepi Ais Krim Asam Boi Legend Yang Terbaik, Letak Sedikit Tepung Jagung Untuk Haluskan Ais. Memang Sedap!

Jika musim panas mesti teringin nak minum atau makan makanan yang menyejukkan anak tengkuk kan? Antara makanan yang sedap dan pastinya menyejukkan anak tengkuk adalah aiskrim.

Resepi Ais Krim Asam Boi Legend Yang Terbaik, Letak Sedikit Tepung Jagung Untuk Haluskan Ais. Memang Sedap!

 


Aiskrim yang paling legend adalah aiskrim Malaysia yang berperisa asam boi macam dekat bawah ni. Resepi aiskrim asam boi legend ini sangat mudah untuk disediakan. Rasanya juga sangat sedap. Kalau nak buat jangan lupa letakkan sedikit tepung jagung agar aiskrim kita itu lebih halus dan lembut.



 

 
Hari tu beli RM1.50 satu. Disebabkan sedap, maka terjebak sampai termakan dua sekali jalan. Terus beli bahan nak cuba buat di sini. Sementara bahan masih ada, saya buat dan kongsikan resepi. Semoga ada yang gunakan resepi ni untuk buat berjual tambah pendapatan.
 
Tujuan campur tepung jagung tu untuk haluskan ais, limau kasturi pula tambah umph- Terima kasih pada mereka yang share tips-tips ni.
 
Resepi Ais Krim Asam Boi- Saya masih proses trial and error. Ais tu memang halus, Alhamdulillah saya dapat 24 aiskrim.

Resepi Ais Krim Asam Boi Legend Yang Terbaik, Letak Sedikit Tepung Jagung Untuk Haluskan Ais. Memang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
  • 2 liter air
  • 2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
  • 3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
  • 24-30 asam boi
  • Sedikit perahan limau kasturi
  • Sedikit tepung jagung


loading...


CARA PENYEDIAAN:


1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi


 

2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih
3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.
Sejukkan



4. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
5. Tapiskan air. Ketepikan asam boi. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat.
6. Bekukan semalaman.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ida Alina Salleh Via MAHN

 



Kredit : 

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments