Ketika cuaca panas tekak pasti terasa haus dan inginkan sesuatu makanan yang sejuk atau mempunyai ais, apatah lagi jika berada di hujung minggu, tentunya macam-macam makanan yang kita nak makan.
Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit) |
Apa kata anda cuba buat sendiri pencuci mulut iaitu agar-agar berasaskan buah naga atau dragon fruit yang kami kongsikan iaitu resepi puding buah naga susu yang sedap dan mudah ini.
Makanan pencuci mulut seperti puding buah-buahan ini biasanya amat
disukai oleh kanak-kanak dan tak kurang juga orang dewasa. Lebih-lebih
lagi buah dragon fruit ini rasanya sangat manis dan sedap. Resepi
puding buah naga susu ini dikongsikan oleh Puan Nurhayati Abd Malek
menerusi laman facebook.
Resepi Puding Buah Naga Susu Simple & Sedap
Dragon fruit juga ada yang mempunyai isi putih dan rasanya ada yang manis.
Sebelum anda membuat puding buah naga ini, anda wajib tahu tentang info
penting yang disampaikan oleh Puan Nurhayati iaitu, bancuhan agar-agar
bertali lihat cara buat di belakang paket. Yang saya gunakan, meminta
saya bancuh 1500 mls air. Jadi saya bahagikan dua 750 mls campur 750
susu cair. Cara masak puding buah naga susu ini, anda boleh lihat
seperti di bawah.
Bahan-bahan Puding Buah Naga
- 1 biji buah naga (isi merah)
- 1 paket agar-agar bertali 20 gram
- 750 mls susu cair
- 750 mls air kosong
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
Nota : Untuk resepi puding buah naga ni, saya guna loyang 7 inci.
loading...
Mula-mula, buah dragon fruit ni potong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak
potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap,
ketepikan dulu.
Dalam periuk, masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.
Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.
Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis
je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis
puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.
Kacau hingga gula sebati.
Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu
kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan
dalam loyang yang disediakan tadi.
Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.
Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.
Beginilah puding buah naga bila dah potong, anak-anak dah ready kat depan tv. Mak dia dah ambik 2-3 potong, cukai. Haha!
Resepi puding buah naga susu yang dikongsikan Puan Nurhayati Abd Malek ini
rupanya senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan
ditambah dengan warnanya yang cantik memukau. Selain buah dragon fruit merah anda boleh juga menggunakan buah naga yang isi berwarna putih dan rasanya mungkin agak berlainan.
Untuk resepi puding buah naga susu ini, selain susu anda boleh juga
menggantikan dengan santan kelapa dan apa saja bahan-bahan yang ingin
anda buat atau olah adalah mengikut kreativiti anda sendiri. Anda boleh
juga letakkan topping seperti serbuk biskut coklat, strawberry dan lain-lain.
Selamat mencuba.
Kredit : Media Maklumat
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur. Tak Hanyir & Tak Perlu Kukus!
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments