Cuaca panas lit2 arini
Saya buat penyejuk tekak..
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur. Tak Hanyir & Tak Perlu Kukus! |
Puding karamel tanpa telur
Bahan untuk karamel:
6 s/b gula pasir..buh dalam loyang 8×8 inci,masak atas api yang kecil hingga gula bertukar menjadi kekuningan,ratakan karamel sehingga menutupi dasar loyang,tutup api ketepikan
loading...
Bahan untuk puding:
10 gram serbuk agar2
1 tin susu cair
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn gula kaster
3 s/b tepung kastard
1 penutup esen vanilla
1 liter air = 4 cwn air,sukat guna cawan metrik
Cara2:
Satukan semua bahan ke dalam periuk
Masak atas api hingga mendidih,sentiasa kacau guna whisk,tuang adunan puding perlahan2 ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
Biarkan suam dulu,baru di masukkan ke dalam peti ais sehingga puding mengeras
Bila puding dah mengeras,terbalikkan di atas pinggan dan bolehlah di hidangkan
Sumber : fb mawar merah
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Resipi Puding Tiramisu. Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments