Popia Bergedil ni nampak sedap. Biasanya Tauhu Bergedil yang menjadi pilihan tapi kalau dekat rumah tiada stok tauhu, boleh je gunakan kulit popia. Rasa sangat sedap dan mengenyangkan.
Dicicah pula dengan sambal kicap berapi. Lagi laju makan. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Saudari Rosmaliza Omar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI POPIA BERGEDIL

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia – dipotong dua
3 biji telur (untuk salutan)
Minyak secukupnya
BAHAN BERGEDIL:
4 biji ubi kentang saiz besar
400gm daging kisar
4 sudu makan bawang goreng
Daun sup/bawang – potong halus
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam
2 biji cili besar merah – potong halus
BAHAN SAMBAL KICAP:
1 mangkuk kicap manis
Cili api – jumlah cili ikut pedas yang diingini
1 ulas bawang putih
BAHAN HIASAN:
Cili padi – dipotong
Daun sup – dipotong kasar
1 sudu makan bawang goreng

CARA MEMASAK:
1. Kentang dipotong nipis dan goreng sehingga empuk atau lembut.
2. Masukkan dalam mangkuk. Lecek kentang goreng tadi sehingga lumat.
3. Masukkan daging kisar, daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah dan perasa. Gaul sehingga rata.


4. Ambil kulit popia, lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.

5. Pukul telur dan tambah sedikit perasa. Celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
6. Bila popia nampak kekuningan, terus angkat dan bolehlah dihidangkan. Taburlah sikit daun sup dan bawang goreng.

CARA MASAK SAMBAL KICAP BERAPI:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
2. Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk.
3. Masakkan cili kicap sebentar tapi jangan sampai mendidih.
4. Siap dan hidangkan bersama Popia Bergedil.
Kredit resipi & foto: Rosmaliza Omar
Kredit : Rasa
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Pasti Tak Cukup Satu
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments