Cara Bancuh Adunan Lempeng Kampung Supaya Hasilnya Gebu & Sedap. | Adunan Lempeng yang sempurna akan menghasilkan hasil yang sedap dan gebu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama madu ataupun sambal tumis.
Namun ramai yang kurang tahu cara-cara nak adun lempeng kampung ni. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi dan panduan perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 senduk tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil mauripan
- 2-3 sudu gula
- Sedikit garam
- 2-3 cawan air
(adunan tak cair & tak pekat sangat)
loading...
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.
Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.
Kredit resipi & foto: Kaseh Sery
Kredit :
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Nak Pisau Dapur Sentiasa Tajam Dan Super Power Bila Memotong? 5 Langkah Ini Perlu Dipatuhi
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments