Nak Pisau Dapur Sentiasa Tajam Dan Super Power Bila Memotong? 5 Langkah Ini Perlu Dipatuhi

Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau dapur yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.

Nak Pisau Dapur Sentiasa Tajam Dan Super Power Bila Memotong? 5 Langkah Ini Perlu Dipatuhi

 


Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau dapur sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.


5 Langkah Pastikan Pisau Dapur Sentiasa Tajam

pisau dapur

Asah Selalu

Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.

 

Pilih Pengasah Sesuai

Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal. Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.

pisau dapur




loading...


Simpan Tempat Kering

Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya. Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.

Jaga Dengan Teratur

Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.

Gunakan Minyak

Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!





Kredit :

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

3 Cara Guna Aloe Vera Yang Betul Untuk Hilangkan Jerawat Dan Parut Degil  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments