Kuih lapis antara makanan yang sering menjadi sarapan setiap waktu pagi. Ada juga yang menyediakan untuk minum petang.
Biasanya kita akan membelinya di kedai. Namun sebenarnya untuk membuat kuih ini amat mudah. Banyak resipi mengenai kuih ini yang sering dikongsi ramai.
Menariknya resipi ini mudah dan menjadi resipi untuk wanita ini berniaga pada hujung minggu. Bergelar peniaga tentu kualiti kuih dijaga terutama aspke rasa dan kelembutan kuih itu.
Nak tahu resipi wanita ini, ikuti perkongsian ini.
loading...
Dalam banyak-banyak resepi,resepi yang ni paling sedap..kuih lapis lembut sangat tapi kejadiannya cantik
Resepi kuih lapis
- 2 cawan tepung beras
- 3 sudu tepung gandum
- 3 sudu tepung jagung
- 1 cawan santan kotak kara
- 3 cawan air
- 3/4 cawan gula (dah sedap,sapa suka manis boleh buat 1 cawan)
- garam sikit
Sebatikan semua bahan kat atas n tapis n start la melapis.. 1 lapisan sy
kukus 10 minit je,lapisan akhir sy buat 20 minit,pastu buka penutup
kukus n kukus sekejap sampai kering air kat permukaan kuih…siappp
lapisan putih boleh tambah garam sikit bg rasa lemak2
Lapisan merah guna sirap ros je.
Selamat mencuba!
Kredit: Imah Akmal
Kredit :
0 Comments