Sedapnya Kuih Tepung Pelita. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Tak perlu kukus. Hanya kacau dalam periuk sahaja. Malah boleh cuba buat dalam jumlah yang sedikit.
RESIPI TEPUNG PELITA VERSI KACAU
BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU)
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 5 cawan air pandan (kisar 7 helai pandan)
- 1 sudu teh air kapur
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan. Kacau sebati hingga tiada bintil-bintil tepung.
- Masak guna api perlahan hingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup.
- Tutup api kemudian tuang ke dalam acuan atau bekas kecil. Ketepikan.
loading...
BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA SANTAN)
- 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan. Sebatikan hingga tiada bintil-bintil tepung.
- Masak adunan guna api kecil hingga meruap, pekat dan meletup-letup. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
- Padamkan api dan tuang ke dalam acuan berisi lapisan hijau tadi.
- Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Nota: Sukatan ini akan dapat 25 bekas dadih bersaiz 4oz.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek via Rasa
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments