Tip Tanam Pokok Kantan Di Rumah & Cara Pastikan Kantan Kerap Berbunga Dengan Banyak!

Bunga kantan memang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi kalau tanam sendiri di rumah, apatah lagi dengan harganya yang boleh tahan juga mahal.

Tip Tanam Pokok Kantan Di Rumah & Cara Pastikan Kantan Kerap Berbunga Dengan Banyak!



Jika nak jadikan ia sebahagian tanaman boleh ikut cara yang dikongsi Petani Herba ini.



  1. Kalau tanam guna biji benih

Selain beli dari nursery boleh juga ambil bunga kantan yang dah matang. Cari di kelopak biji yg dah hitam. Itu kira dah boleh dibuat benih. Nak semai kenalah sediakan bekas semaian macam cawan plastik tak pun kalau nak jimat gunalah bekas yg terbuang. Jimat.


2. Penyediaan media/tanah untuk tanam kantan

Kemudian kena sediakan media yg baik, boleh guna potting soil yg dibeli dari kedai nusery. Boleh juga guna media cocopeat yg dicampurkan dgn sekam padi bakar dan vermiculite. Kalau tiada juga media tu semua gunalah tanah hitam atau biasa yang digaul dgn kompos..ok settle

3. Rendam dulu kalau nak bunga elok

Kalau nak nak hasil yg bagus, bunga kembang setaman rendam benih kantan dgn cecair EM (Enoculent microbial) selama sejam dan toskan. Sementara menunggu benih kantan tos airnya, sediakan media semaian dgn memasukkan media ke dalam bekas semaian hingga penuh.


loading...


4. Cara tanam

Buat lubang kira-kira 1 inci dlm dan jarak antara lubang 2 inci. Masukkan sebiji kantan pd setiap lubang hinggaselasai dan timbus smula dgn media.

5. Penjagaan


  • Siram media dgn air yg banyak dan letak ditempat terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Untuk pengetahuan kurang benih kantan mengambil sangat lama utk bercambah lebih kurang 1 bulan lebih hingga 3 bulan. Jangan give up lak.
  • Selepas 1 bulan lebih, benih bunga kantan akan mula keluar dr permukaan media. Siram dgn air jika perlu. Tak perlu bubuh baja ketika ini.
  • Setelah anak pokok berusia 3 minggu selepas bercambah. Alihkan anak pokok pada polibag atau pasu.
  • Jagalah anak pokok kantan dgn melakukan siraman 2 minggu sekali dan sembur baja booster seperti baja cecair ikan atau kompos teh. Bunga kantan mula menghasilkan bunga setelah berusia 8 bulan ke atas.

Tip agar pokok kantan berbunga kerap, banyak & selamat sampailah tiba masa untuk dituai

Bila pokok kantan dah berbunga banyak bolehlah praktikkan tip yang dikongsi oleh Haninah Salim

  • Untuk berbunga kerap kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.
  • Kena rajin “bagi hujan” apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.Setelah mula mengeluarkan kudup bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.


Sumber: Petani Herba & Haninah Salim




Kredit : Vanilla Kismis.

Resepi – resepi lain yang menarik


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments