Kita selalu tertanya-tanya macam mana peniaga yang buat pisang goreng jadi ranggup dan banyak kerak atau serdak.
Sebab bila buat di rumah takkan jadi macam ni. Lepas ni boleh kita cara bancuhan yang dikongsi oleh peniaga pisang goreng sendiri.
Menurut Liana Mustapha yang berniaga pisang goreng setiap hari sebagai sumber rezeki, tiada rahsia lain yang dipraktikkan selain bancuhan tepung ini.
Resipi bancuhan tepung pisang goreng yang banyak serdak/kerak
- Satu kampit tepung beras (apa-apa jenama)
- Telur sebiji
- Serbuk kunyit
- Sedikit air kapur sikit
- Garam
loading...
Foto: Facebook Achik Ita Jsd Kelantan
Gaul semua bahan dengan air, bancuhan mestikan tak pekat dan tak cair sangat.
Tip untuk dapatkan serdak yang banyak goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas, itu sahaja tiada bahan tersembunyi.
Hasilnya
Selamat mencuba!
Sumber: Liana Mustapha & Achik Ita Jsd Kelantan
Kredit : Vanilla Kismis.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments