Cara Tanam Durian Dari Bijinya. Rendam Dulu, Pilih Yang Naik Tunas & Semai Ikut Cara Ini

Dah beli durian ramai yang terfikir untuk tanam sendiri bila melihat bijinya. Kalau ada laman yang luas apa salahnya tanam sendiri.

Cara Tanam Durian Dari Bijinya. Rendam Dulu, Pilih Yang Naik Tunas & Semai Ikut Cara Ini



Tapi macam mana sebenarnya nak cambah benih durian ini? Untuk yang berhajat untuk tanam sendiri durian dari awal, ini yang perlu dilakukan.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Punca Semut Bersarang Dalam Soket & Tip Mengatasinya



  1. Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.

2. Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan biji.


3. Selepas 2 hari tos air, dan lihat biji durian tadi. Biji yang sesuai ditanam adalah yang timbul tunas akar.

4. Atau boleh juga rendam biji durian selama satu malam dan keesokan harinya keluarkan air.

5. Letak biji tadi dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.




6. Selepas sehari biji durian akan keluar tunas. Semai biji yang bertunas ini.


Cara semai
  • Letak biji bertunas tadi di dalam polibeg berisi cocopeat. Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Boleh juga cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu dalam.


  • Siram dan jangan biar tanah kering.
  • Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akan naik batang dan daun.

Foto: Ohlihat.blogspot.com

Cara ini anak benih pokok durian lebih berpotensi untuk tumbuh dengan cepat.

Selamat mencuba

Sumber: Jarum Kemucut




Kredit :Vanilla Kismis.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments