Resipi Sotong Masak Sambal Penyet. Sangat Sedap & Mudah

Buat penggemar lauk sotong, resipi Sotong Masak Sambal Penyet perkongsian saudari Aisyah Humaira ni tentunya anda perlu cuba.

Resipi Sotong Masak Sambal Penyet. Sangat Sedap & Mudah



Resipi yang cukup mudah dan tentunya enak. Andai dinikmati bersama nasi putih panas atau nasi lemak, tentunya sangat membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Udang Kunyit Sos Cili



CARA MASAK SOTONG SAMBAL ALA PENYET PALING SEDAP & MUDAH


BAHAN-BAHAN:
½ kg sotong – cuci bersih
Cendawan dan kacang panjang – jika suka
Garam & gula secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 biji tomato – potong 4
10 biji cili padi merah (campur dengan cili padi hijau
4 biji cili merah besar



CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Kacau rata dan renehkan dengan api kecil sambil tutup kuali untuk keluarkan air sotong. Bila dah ada iar sotong, tak perlu tambah air. 3. Bila sotong hampir masak, masukkan sayur-sayuran. Masak lagi hingga semua masak sekata.

4. Sambal Sotong sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira




Kredit :Rasa



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments