Cara Jernihkan Semula Minyak Yang Hitam Selepas Goreng Ikan Cencaru Sumbat

Selalu bila goreng ikan cencaru sumbat minyaknya akan jadi hitam. Untuk goreng ikan seterusnya kita kena tukar minyak baru pula. Jadi banyak pulak penggunaan minyak.

Cara Jernihkan Semula Minyak Yang Hitam Selepas Goreng Ikan Cencaru Sumbat



Supaya tak guna minyak yang banyak, boleh guna tip yang dikongsi oleh Ariza Kak Chik ini.

Tip ini katanya diperoleh daripada laman TikTok @richardiscooking dan dipraktikkan.


ARTIKAL MENARIK LAIN:Petua Bersih Kulit Kerang Sampai Putih, Isi Pun Jadi Lebih Sedap



Jernihkan semula minyak lepas goreng ikan cencaru sumbat

Pernah jadi masalah macam ni bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru kerana dah hitam.

Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dengan guna tepung jagung. Caranya;

1.Ambil 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.


 

2. Bancuh tepung tadi dan tuang air tepung jagung dalam minyak gorengan hitam yang sedang panas.




3. Biarkan seketika, nanti kita akan dapati kotoran yang ada dalam minyak akan melekat pada bancuhan tepung tadi dan minyak akan kembali jernih.


 

Minyak dah jernih bolehlah goreng ikan seterusnya. Jadi tak perlu tuang minyak baru.

Tip ini guna boleh digunakan untuk membersih dan jernihkan kembali minyak untuk gorengan lain juga.

Selamat mencuba.

Sumber: Ariza Kak Chik ini




Kredit :Rasa



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments