Georgetown merupakan bandaraya metropolitan yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Bandaraya ini merupakan bandaraya tertua di malaysia selepas melaka. Walaupun bandar ini merupakan salah satu bandar yang penuh dengan kesibukan trafik terdapat jug tempat-tempat untuk dilawati.
Selain itu di Georgetown juga terdapat beberapa tempat makan yang menarik dan popular anda boleh datang bersama keluarga.
ARTIKAL MENARIK LAIN:
Disebalik kesibukan georgetown terdapat tempat-tempat yang merupakan port makan yang menjadi tumpuan pelanggan. Tapi dimana tempat-tempat makan yang menarik yang ada di georgetown. Berikut merupakan senarai beberapa tempat yang menyediakan hidangan seafood yang menjadi tumpuan pengunjung dan peminat makanan laut di georgetown.
1.Abg Jit Ikan Bakar HQ
Restoran ini merupakan salah satu restoran yang mendapat perhatian ramai kerana masakannya dan pernha popular di media sosial. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memuji masakan yang disediakan di sini. Harga di sini juga berpatutan.
Diantara menu popular disini ialah semestinya set ikan bakar. Selain itu, terdapat juga set ikan bakar, ikan bakar sotong bakar, siakap bakar, ikan jenahak bakar, shellout, scallop, tomyam seafood, belangkas talam dan banyak lagi hidangan yang disediakan di restoran ini.




Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 216 JALAN AIR ITAM, George Town, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali selasa, pada jam 4 petang sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 011-15398910
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ABGJIT/
2.Syazana NASI Melayu
Restoran yang terletak di bandaraya georgetown ini menyediakan hidangan masakan melayu. Restoran ini mendapat rating yang tinggi di google dengan kebanyakkan komen memberi pujian kerana hidangan dan layanan yang diberi. Harga di sini juga murah dan berpatutan.
Restoran ini menyediakan juadah seperti nasi berlauk dan nasi campur dengan pelbagai aneka masakan melayu. Selain itu restoran ini juga da menyediakan hidangan lain seperti nasi putih ikan belah belakang, set ikan bakar, sotong pedas, tomyam seafood, ikan pari bakar, dan banyak lagi.





Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di 279-G-17,18,19&20 Ground Floor, of WAVE CITY MALL, Kampung Jawa Baru, 11900 George Town, Pulau Pinang. Waktu operasi pada setiap hari kecuali isnin, pada jam 10 pagi sehingga 4 petang dan 6 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-4697313
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100028578056786
3.D’Sampan Ikan Bakar Penang
Restoran D’Sampan merupakan salah satu restoran yang mendapat rating yang tinggi di google yang terletak di georgetown. Restoran ini rata-rata mendapat komen yang baik dari pelanggan dan harga di sini berpatutan dan berbaloi untuk dicuba.
Diantar hidangan yang ada di sini ialah ikan bakar, tomyam campur, kerang rebus, siakap stim limau, ketam kunyit, lala masak cili, butter prawn, siakap 3 rasa, dan banyak lagi menu yang ada di sini.
Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di Persiaran Bayan Mutiara 3, batu uban, Georgetown Pulau Pinang Waktu operasi pada setiap hari pada pukul 4 petang sehingga 12 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel: 016-569 2789
FACEBOOK PAGE: D’Sampan
Kredit :KHALIFAH MEDIA NETWORKS.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments