Anak hakak request masak lemak zero cili, taknak pedas langsung! So hakak buat small portion untuk dia sorang. Orang kat rumah ni tak jalan kalau lauk tak pedas! So kalau ada sesiapa yang nak mencuba bagi anak makan, menu ni sesuai. Mesra kanak-kanak!
ARTIKAL MENARIK LAIN:Step By Step Lengkap Cara Masak Rendang Ayam. Confirm Menjadi & Sedap!
Bahan-Bahan:’
- 4 ketul kepak ayam
- 1 biji kentang, size besar
- 200 ml/1 kotak santan
- 1 batang serai, ketuk
- 1 helai daun kunyit, carikkan
- 1 asam keping
Bahan Kisar:
- 1 batang serai
- 3 ulas bawang merah
- 2 inci kunyit hidup
Cara Masak:
1. Potong kepak ayam, buang hujung sayap. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai ketuk sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, biar ayam masak sekejap. Baru tuangkan air secukupnya ke dalam kuali dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan asam keping dan kentang. Kuah mendidih lagi sekali, masukkan santan.
4. Masukkan gula, garam dan seasoning/ cukup rasa, kacau rata. Masak dengan api kecil hingga ayam masak sepenuhnya. Siap!

Resepi Oleh: Kuali Helena
Kredit :resepibonda
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments