Tanam kacang bulu lebih lumay4n daripada makan gaji sebag4i pengurus projek

Seorang pemuda dari Kampung Sungai Ikan, di sini sanggup berhenti kerja sebagai pengurus projek sebuah syarikat minyak dan gas demi memenuhi impian sentiasa dekat bersama keluarga sambil mengusahakan tanaman kacang edamame.

Tanam kacang bulu lebih lumay4n daripada makan gaji sebag4i pengurus projek



Kacang edamame atau lebih terkenal dengan panggilan kacang bulu dalam kalangan penduduk setempat di tanam di atas tanah berkeluasan 1.6 hektar sejak 2020.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Baru 21 Tahun, Ahmad Faiz Fadhli m4mpu Menjana Pendapat4n RM20K Sebulan



Nur Azri Nor Azman, 30, berkata dia sanggup mengambil risiko berhenti kerja di syarikat minyak dan gas terkemuka kerana yakin mampu menjana pendapatan lebih lumayan melalui bidang pertanian itu.

“Sebelum ini saya sering ke Sabah atau Serawak untuk berkerja sehingga tiada masa bersama keluarga.

“Sekarang, disamping mengusahakan tanaman kacang bulu itu, saya sentiasa dekat dengan keluarga. Paling pending pendapatan melalui penjualan kacang bulu itu jauh lebih lumayan berbanding kerja makan gaji, ” katanya ketika ditemui di ladang kacang bulu miliknya di Kampung Sungai Ikan, di sini.

Nur Azri berkata, dia bermula dengan 0.8 hektar tanah untuk tanam kacang bulu itu sebelum menambah keluasan tanah sebanyak 0.8 hektar lagi berikutan permintaan terhadap kacang bulu itu semakin meningkat.




“Sebelum ini tak ramai yang menyedari kacang bulu atau edamame yang terkenal di restoran shushi atau makanan Jepun itu juga ditanam di negeri ini.

“Bagaimanapun, sekarang kacang bulu semakin popular dan dijual meluas di tepi jalan dan melalui media sosial.

“Saya sendiri mempunyai empat gerai penjualan kacang bulu di sekitar daerah ini selain bakal dibuka di Selangor dalam tempoh terdekat, ” katanya.

Menurutnya, istimewa kacang bulu berbanding tanaman sayur-sayuran lain kerana ia boleh ditanam sepanjang musim.

“Pokok kacang bulu juga senang ditanam dan mudah hidup selain jangka masa tuaian yang singkat.

“Paling singkat dalam tempoh 60 hari kacang bulu itu sudah boleh dituai, dijual dan sehingga kini saya mampu menghasilkan sebanyak tiga tan matrik semusim, ” katanya.

sumber.bh online




Kredit :Article Update



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments