Tambah Tepung Beras, Rahsia Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar

Sedapnya makan cekodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cekodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Khadijah Jaafar yang boleh dicuba.

Tambah Tepung Beras, Rahsia Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar



Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya garing diluar dan lembut di dalam. Ia disebabkan penggunaan tepung beras dalam adunan dan tidak hanya menggunakan tepung gandum. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Donat Susu Lagi Sedap, Lembut dan Gebu, Kisar 2 Bahan Ni Saja, Berebut Anak Makan!



RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP DI LUAR, GEBU DI DALAM


BAHAN-BAHAN:
500gm pisang
100gm tepung gandum 
100gm tepung beras 
1/4 sudu soda bikarbonat 
1 sudu makan gula 




CARA MEMASAK:
1.Lenyekkan pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan semua bahan yang lain.




2. Kacau bahan-bahan tadi hingga semuanya sebati dan tiada tepung bergumpal.



3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dengan banyak. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat dan comel, boleh gunakan tangan. Kemudian balik-balikkan cekodok supaya masak sekata.



4. Cekodok Pisang Rangup siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak diidang panas-panas dengan minuman kegemaran.


 

Nota: Jika suka cekodok yang rasa banyak pisang boleh kurangkan. Jika suka lebih tepung boleh tambahkan lagi tepungnya. Ikut pada selera masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar




Kredit :RASA


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments