Sedapnya Sambal Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Resipi Mudah Masak Sambal Goreng Jawa, Boleh Buat Stok Bersahur & Berbuka

Cara Masak Sambal Bilis Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
- Ikan bilis
- 2 biji cili merah dan cili padi secukupnya– jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai
- 4 biji bawang merah
- Belacan secukupnya– jika suka
- Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya
- Petai – hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak

Cara-Cara Membuatnya:
1. Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.

2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.

3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.

4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.

5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi & foto: Nanie Rosnani Via Rasa
Kredit :Rencah Rasa.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments