Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan,
"Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)
ARTIKAL MENARIK LAIN:Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid
Matan hadith :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى.
]صحيح البخاري ,كتاب الاعتصام بالكتاب والسنة , باب الاقتداء بسنن رسول الله صلى الله عليه وسلم, رقم الحديث[7280
Pengajaran Hadith :
- Umat Nabi SAW disebut sebagai “Umat Dakwah” kerana umat ini dipertanggungjawabkan meneruskan usaha dakwah yang telah ditinggalkan oleh Nabi SAW.
- Setiap umat Nabi SAW akan memasuki syurga apabila mereka menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai umat Nabi SAW dan berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan mereka.
- Apabila umat Nabi SAW meninggalkan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan meninggalkan Sunnah Nabi SAW maka mereka telah mengingkari Nabi SAW dan menjauhkan diri mereka daripada memasuki syurga Allah SWT yang kekal abadi selama-lamanya.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih al-Bukhari
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
3. Kitab Faidhu al-Qadir Syarh al-Jamie al-Soghir Li al-Manawi
- Kemaskini Terakhir: 04 Disember 2017
- Hits: 1090
Kredit :
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments