Ubi kentang merupakan tanaman dari keluarga ubian. Ubi ini berasal dari Amerika Selatan dan menjadi salah satu tanaman yang penting di Eropah.
Selain dijadikan kentang goreng, kentang putar dan beberapa lagi menu lain, ubi kentang ini juga seringkali dimasukkan ke dalam masakan. Sebagai penyedap rasa dan juga sebagai bahan yang boleh menawarkan rasa masin masakan yang berkuah.
ARTIKAL MENARIK LAIN:“Petua Lentik Bulu Mata Nenek Menjadi” , Mata Saya Dan Suami Biasa Sahaja Tapi Anak Luar Biasa
Oleh kerana itu, ramai dalam kalangan kita yang sering membelinya dalam kuantiti yang banyak. Tapi apa yang menjadi masalah adalah apabila kentang ini disimpan dalam tempoh yang lama, ia mula bertukar warna atau pun bertunas.
Kentang yang sudah bertukar warna tidak disarankan untuk memakannya kerana kentang tersebut sudah mengandungi toksin. Jadi pastinya anda nak tahu cara simpan ubi kentang ini agar tahan lebih lama. Tak bertunas walau dah simpan hampir 2 bulan.
Untuk lebih lanjut lagi berkenaan hal tersebut, jom kita ikuti perkongsian Yatie Eimra di bawah ini.
Tips mudah simpan ubi kentang agar tahan lebih lama
Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok & hanya sebiji-2 je baru nak bertunas. Sebelum ni, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas. Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal. Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan share sikit tip kentang. Semoga dapat dimanfaatkan.
Tip Simpan Kentang
Kentang ni kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
- Jangan simpan kentang bersama bawang merah/bawang putih kerana bawang² ini hasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
- Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaik²nya simpan kentang dalam bakul/jaringan supaya cukup aliran udara.
- Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas/tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap- wap terhasil pula akan sebabkan kelembapan udara tinggi & jadikan kentang mudah berkulat/busuk. Jika ruang dapur terhad, pastikan tempat simpanan kentang tak kena wap panas ketika masak.
- Penting untuk pastikan kentang disimpan ditempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari/lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas & berwarna kehijauan, tu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu. Kalau korang perasan, bukan semua kentang bertunas akan jadi hijau. Biasanya kentang jadi hijau sebab kena banyak cahaya. Warna hijau tu sebenarnya klorofil, terhasil akibat proses fotosintesis.
- Jika tempat simpanan kentang korang agak terang & kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni/burlap ataupun kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
- Sesekali periksa keadaan kentang & gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
Jangan Simpan Kentang Mentah Dalam Peti Sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya..
- Rasa kentang akan jadi lebih manis
- Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan
- Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM, dll.
- Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi)
P/S, saya simpan kentang dalam bakul & anyam sendiri jer penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong. Korang boleh cover sikit kentang dengan kain guni/kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan
InsyaAllah, nanti bila berkesempatan, saya sharekan tip berkaitan kentang part 2 lak. Doa-doakanlah saya dipermudahkan urusan & diberi kelapangan serta kesempatan nak siapkan post ya
Saya bukan galakkan orang simpan kentang lama-lama tapi..
Disclaimer: Sy bukan galakkan orang simpan kentang lama²-ye. Tapi sy beri tips cara simpan kentang supaya tak bertunas terlalu awal/lebih cepat dari masa yang sepatutnya. Tip yg sy beri sekadar elakkan pembaziran berlaku. Tak semestinya tip kentang tahan hingga 2 bulan, wajib kena simpan hingga 2 bulan tu.. Kalau guna habis dalam tempoh seminggu-2 pun takde masalah pun. Tapi andai kata ada baki pun ia masih segar & tak rosak.
Mudah sahaja kan nak simpan ubi kentang agar tahan lebih lama? Jadi lepas ni kalau beli banyak-banyak pun tak menjadi masalah dah. Jangan lupa kongsikan juga tips mudah ini kepada rakan dan kenalan anda ya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Yatie Eimra
Kredit :dailymakan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments